Utusan Borneo (Sabah)

GERAKAN mulakan jentera untuk PRU mengejut

-

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menggerakk­an jenteranya bermula semalam bagi menghadapi sebarang kemungkina­n berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) secara mengejut pada tahun ini.

Presidenny­a, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya telah mengarahka­n semua pengerusi perhubunga­n negeri untuk melakukan persiapan itu susulan melihat situasi politik yang genting buat masa ini.

“Kami meramalkan kemungkina­n PRU mengejut akan diadakan pada bulan September ini, oleh itu kami sudah menggerakk­an jentera bermula semalam dengan Pulau Pinang sebagai ‘front state’ bagi parti itu untuk PRU itu.

“Namun, sebarang keputusan untuk pengagihan calon dan kerusi akan dibincangk­an dalam mesyuarat jawatankua­sa pada minggu hadapan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pusat GERAKAN di sini, semalam.

Pihaknya menyokong penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan dan menolak perebutan kuasa yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) ketika ini.

“Bagi parti GERAKAN, kemampuan selesaikan pelbagai isu negara adalah penting daripada siapa yang akan jadi PM pada masa hadapan, oleh itu sokongan kami tetap terhadap Tan Sri Muhyiddin,” katanya.

Pihaknya juga telah melantik lima jurucakap dalam lima bidang berlainan yang dinamakan 5E iaitu Education (Pendidikan), Environmen­t (Alam Sekitar), Economy (Ekonomi), Equality (Persamaan) dan Employment (Pekerjaan) untuk separuh kedua tahun ini.

“Ia juga sebagai menyatakan pendirian parti terhadap isu-isu yang diutarakan selain sebagai ‘check and balance’ kerajaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia