Utusan Borneo (Sabah)

‘Premium outlet’ di Batu Gajah tidak jejas Taman Alam Kinta

-

IPOH: Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan bahawa kewujudan sebuah ‘premium outlet’ yang dalam pembinaan di Batu Gajah, dekat sini, tidak akan mengganggu Taman Alam Kinta, yang terletak berhampira­n.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata dakwaan bahawa premium outlet itu dikhuatiri akan menjejaska­n kawasan taman burung yang dilaporkan menjadi habitat kepada lebih 150 jenis burung air adalah tidak berasas.

“Kerajaan negeri juga cintakan alam sekitar dan premium outlet ini dijangka siap pada akhir tahun ini untuk memudahkan orang ramai membeli-belah,” katanya ketika ditemui pemberita pada ProgramGot­ong-RoyongBers­epadu Antara Agensi di Tanah

Perkuburan Islam Kampung Rapat di sini, semalam.

Yang turut hadir, pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Ahmad Saidi Mohamad Daud serta pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelanconga­n negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Sementara itu, Nolee Ashilin

berkata pembinaan premium outlet itu diyakini tidak memberi kesan kepada taman burung berkenaan kerana secara teknikal ia terletak agak jauh dan bukannya terletak bersebelah­an.

“Ia tidak begitu dekat malah terdapat zon penampan antara kedua-dua kawasan ini, insya-Allah tidak akan mengganggu dari segi persekitar­an,” katanya.

Beliau berkata tidak ada isu yang bakal ditimbulka­n berikutan pelan pinta ukur dan kebenaran merancang pembanguna­n projek swasta itu diluluskan mengikut spesifikas­i yang ditetapkan.

Kelmarin, tular dalam media sosial gambar-gambar lokasi ‘Silverslak­es Premium Outlet’ yang hampir siap dan bakal menjadi tarikan baharu di Batu Gajah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia