Utusan Borneo (Sabah)

Masih diluar zon kelompok empat teratas

Man Utd kekal di tangga kelima dan Hotspur di tangga kelapan selepas perlawanan tamat 1-1

-

Man Utd kekal di tangga kelima dan Hotspur di tangga kelapan selepas perlawanan tamat 1-1

LONDON: Tendangan penalti Bruno Fernandes menyelamat­kan keputusan seri 1-1 untuk Manchester United (MU) di Tottenham dalam perlawanan yang menyaksika­n satu lagi tendangan penalti lewat bagi pasukan Red Devils dibatalkan oleh VAR kelmarin.

Jose Mourinho berada di landasan untuk menewaskan kelab lamanya apabila jaringan Steven Bergwijn meletakkan Spurs di depan pada waktu rehat.

Bagaimanap­un, tekanan MU pada separuh masa kedua akhirnya berkesan sembilan minit sebelum tamat apabila Fernandes menyempurn­akan tendangan penalti selepas Paul Pogba dijatuhkan dalam kotak penalti.

Fernandes kemudian menyangka dia telah mendapat tendangan penalti kedua, tetapi reviu VAR memutuskan sentuhan tiada ketika dia terjatuh di bawah asakan Eric Dier.

Satu mata tidak membantu peluang kedua-dua pasukan untuk memasuki kelompok empat pasukan teratas.

MU masih di tempat kelima, dua mata di belakang Chelsea, manakala Spurs berada empat mata lagi di belakang di tempat kelapan.

Selari dengan semua perlawanan sejak Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung semula awal minggu ini, semua pemain dan pegawai berlutut sebelah kaki sebelum sepak mula untuk membantah ketidakadi­lan kaum.

Apabila aksi bermula, MU menyesuaik­an diri paling cepat dengan suasana sunyi dalam stadium dengan 62,000 tempat duduk yang ditutupi panji dengan penyokong yang muncul hanya di atas skrin video gergasi di belakang setiap gol.

Marcus Rashford menikmati minggu yang bersejarah apabila kempen pemain antarabang­sa England itu, untuk memastikan kanak-kanak kurang bernasib baik tidak dibiarkan tanpa baucar makanan pada waktu cuti sekolah di England, memaksa kerajaan mengubah fikiran.

Ole Gunnar Solskjaer menyifatka­n tindakan pemain berusia 22 tahun itu sebagai jauh “lebih penting berbanding mana-mana perlawanan bola sepak yang dia mungkin akan sertai”.

Bagaimanap­un pemain antarabang­sa England itu mengakui dia juga ingin sekali kembali kepada kerja hariannya selepas tidak bermain sejak Januari lalu kerana kecederaan belakang sebelum bola sepak ditutup akibat COVID-19 selama tiga bulan.

Tottenham mungkin pasukan dalam EPL yang paling untung daripada penangguha­n selama tiga bulan.

Sebelum sekatan pergerakan dilaksanak­an, Mourinho bercakap mengenai keinginann­ya untuk melihat musim sampai ke hujung dengan cepat apabila dia dapat menggunaka­n semula khidmat Harry Kane, Son Heung-min, Moussa Sissoko dan Bergwijn yang cergas semula.

Keempat-empat mereka cergas untuk kembali ke barisan kesebelasa­n utama dan ia adalah saat inspirasi dari pemain Belanda berkenaan yang membuka jaringan.

Ketibaan Fernandes pada Januari lalu memainkan peranan yang amat besr dalam siri 11 perlawanan tanpa kekalahan bagi pemain Solskjaer sebelum musim ditangguhk­an.

Fernandes nyaris menyamakan kedudukan tetapi rembatan rendahnya tersasar sedikit.

Lloris kemudian menghasilk­an usaha yang cantik untuk menolak ke atas cubaan Anthony Martial.

Solskjaer meletakkan Pogba di atas bangku pemain simpanan pada mulanya, tetapi pemain Perancis itu memberi impak besar selepas dimasukkan untuk penampilan pertamanya sejak 26 Disember lalu.

Kaki pantas Pogba melepasi Eric Dier dan Dier kemudian menolak pemain tengah itu di dalam kotak penalti ketika dia cuba bangkit.

Fernandes dengan tenang mengeliruk­an Lloris dari petak penalti untuk menyamakan kedudukan dengan sewajarnya.

Dan MU menyangka mereka ada peluang untuk memenangi perlawanan apabila

Jon Moss menunjuk ke arah petak penalti dalam masa tambahan.

Rashford dipilih untuk mengambil tendangan penalti pada kali ini, tetapi dinafikan peluang untuk melengkapk­an minggu yang bersejarah baginya apabila VAR membatalka­n keputusan asal pengadil dan MU terpaksa berpuas hati dengan satu mata. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? SITUASI RESAH: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di Stadium Tottenham Hotspur di London.
MENONJOL: Fernandes meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan itu.
— Gambar AFP — Gambar AFP SITUASI RESAH: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di Stadium Tottenham Hotspur di London. MENONJOL: Fernandes meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia