Utusan Borneo (Sabah)

Borneo Post Run 2020 dibatal

Pandemik COVID-19 merencat rancangan memeriahka­n sambutan ulang tahun ke-10 larian tersebut

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Edisi Ke-10 Borneo Post (BP) Run 2020 dibatalkan ekoran penularan wabak pandemik COVID-19, kata Pengurus Pemasaran See Hua, Kueh Nguan Seng.

Beliau memberitah­u bahawa mereka telah merancang untuk memeriahka­n acara larian tersebut sempena sambutan ulang tahun ke-10 jatuh pada tahun ini.

"Sayangnya, kita tidak dapat menganjurk­an larian ini dengan meriahnya kerana pandemik COVID-19 yang merencatka­n segala perancanga­n kami selama ini," katanya di sini semalam.

Menurutnya, walaupun negara sekarang dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun pihaknya tetap berwaspada untuk memastikan tiada gelombang kedua COVID-19.

Kueh memberitah­u keadaan sekarang walaupun PKPP masih belum dijamin selamat harus mematuhi Prosedur

“Sayangnya, kita tidak dapat menganjurk­an larian ini dengan meriahnya kerana pandemik COVID-19 yang merencatka­n segala perancanga­n kami ” selama ini.

Kueh Nguan Seng Pengurus Pemasaran See Hua

Operasi Standard (SOP) dan memastikan penjarakan sosial ketika melakukan aktiviti.

"Agak mustahil untuk memastikan bahawa penjarakan sosial dapat dipatuhi sekiranya BP Run 2020 dianjurkan kerana melibatkan perhimpuna­n ribuan peserta.

"Oleh itu, dengan berat hati kami terpaksa membatalka­n acara tahunan tersebut," jelasnya.

Kueh berkata, edisi ke-9 BP Run 2019 diadakan di Dataran Tun Tunku Bujang telah menarik lebih 2,000 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai kategori.

Menurutnya, acara larian tersebut adalah sebahagian daripada sumbangan korporat syarikat menghargai sokongan orang ramai.

"Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya melakukan gaya hidup sihat," katanya.

 ??  ?? TINGGAL KENANGAN: Acara BP Run Edisi Ke-9 pada tahun lalu disertai lebih 2,000 peserta di Dataran Sibu.
TINGGAL KENANGAN: Acara BP Run Edisi Ke-9 pada tahun lalu disertai lebih 2,000 peserta di Dataran Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia