Utusan Borneo (Sabah)

Kolam renang latihan sukan bermula 25 Jun

-

PUTRAJAYA: Kerajaan membenarka­n sektor sukan air di kolam renang, untuk aktiviti latihan tanpa sentuhan fizikal serta kolam renang di tempat terkawal dan awam, beroperasi bermula 25 Jun ini dengan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran ini termasuk aktiviti terjun dan menyelam, dengan mengikut sesi serta jumlah yang dihadkan pada satu-satu masa berdasarka­n kapasiti kolam renang.

Katanya, kebenaran itu diberikan kepada atlet kebangsaan, negeri, dan perenang kelab serta akademi renang dalam program latihan tertentu, dan untuk peserta atau perenang program latihan berperingk­at seperti program ‘belajar berenang’.

Peserta perlu mematuhi SOP yang akan diumumkan Kementeria­n Belia dan Sukan nanti, seperti pendaftara­n aplikasi MySejahter­a, jarakan sosial tiga hingga lima meter semasa aktiviti, dan lainlain,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan, di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, operator kolam renang, kelab, dan akademi renang, perlu membuat pendaftara­n notifikasi pembukaan kolam renang dengan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), di laman web https://notificati­on.miti.gov.my bagi tujuan pematuhan SOP dan pemantauan oleh KBS.

Katanya, bagi kolam renang di tempat terkawal seperti kolam renang persendiri­an di kediaman, kolam renang awam di hotel, dan kelab rekreasi pula, kebenaran akan tertakluk kepada SOP kolam renang, yang akan diumumkan nanti.

“Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM), sedang perhalusi lagi SOP tersebut dan akan maklumkan sebelum orang ramai boleh melakukan aktiviti di kolamkolam renang awam.

“Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah menyediaka­n petugas kolam renang atau 'life guard', untuk memastikan jumlah pengguna kolam renang terkawal. Jumlah pengguna masih perlu dihadkan mengikut kapasiti kolam renang,” jelasnya.

Selain itu Ismail Sabri berkata, aktiviti promosi jualan di ruang legar pusat-pusat membeli belah, turut dibenarkan dengan mengikut SOP yang disediakan.

Mengulas tentang SOP restoran dan kedai makan pula Ismail Sabri berkata, walaupun premis berkenaan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh, namun aspek jarakan sosial masih perlu dipatuhi.

“Selagi ia boleh penuhi SOP jarakan sosial, maka kita tak hadkan jumlah individu di satu meja yang sama. Contohnya bagi mereka yang datang daripada keluarga sama, boleh duduk bersama dengan syarat ada jarakan sosial,” katanya. — Bernama

 ??  ?? ISMAIL SABRI
ISMAIL SABRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia