Utusan Borneo (Sabah)

Kecuaian Barca buka ruang buat Real Madrid rampas takhta

-

MADRID: Barcelona melakukan kesilapan pertama dalam perebutan kejuaraan sejak La Liga bersambung semula apabila mereka seri 0-0 dengan Sevilla kelmarin dan memberi peluang kepada Real Madrid untuk menduduki semula tempat teratas pada hujung minggu ini.

Selepas kemenangan bergaya 3-0 ke atas Valencia pada Khamis lepas, Madrid akan mengumpul jumlah mata yang sama dengan Barca jika mereka menewaskan Real Sociedad pada malam ini (Ahad) dan memintas kelab Catalan itu kerana memiliki rekod yang lebih baik.

Sevilla, di tempat ketiga, dan Valencia, di tempat kelapan, sentiasa kelihatan berupaya untuk mengalih dinamika di bahagian atas liga, dan Madrid mengambil kesempatan untuk naik semula ke puncak buat pertama kali sejak mereka menewaskan Barcelona pada 1 Mac lalu.

Satu mata berharga buat Sevilla memberikan mereka kelebihan lima mata ke atas Getafe di tempat kelima, walaupun sudah bermain lebih satu perlawanan.

Barca tidak ada banyak rungutan di stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Mereka tidak benar-benar menimbulka­n masalah bagi Sevilla bagi sebarang tempoh yang lama dan Lionel Messi paling nyaris menjaringk­an gol ke-700 dalam kariernya menerusi dua tendangan percuma yang ditolak ke atas.

Kelibat penjaga gol MarcAndre ter Stegen yang berlari anak ke atas untuk satu tendangan sudut lewat menunjukka­n betapa mereka menganggap melepaskan mata adalah satu tamparan yang hebat.

“Melihat apa yang kami telah buat dalam dua pusingan terakhir, ia pasti sangat sukar untuk memenangi liga ini,” kata pemain Barcelona, Gerard Pique, kemudian.

“Daripada apa yang saya telah lihat, ia sangat sukar untuk melihat Real Madrid melepaskan mata.”

Real Sociedad masih memburu kelayakan ke Liga JuaraJuara dan tidak akan memberi jaminan pada malam ini manakala perlawanan menentang Getafe, Athletic Bilbao dan Villarreal bermakna halangan masih banyak untuk diatasi Real Madrid.

Namun Barcelona kelihatan seperti memiliki cabaran yang lebih sukar, dengan Athletic Bilbao, Atletico Madrid, Villarreal dan musuh tetangga Espanyol yang menunggu mereka. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KAWAL GERAKAN: Messi bertembung dengan pemain tengah Sevilla, Jordan Moreno pada perlawanan itu.
— Gambar AFP KAWAL GERAKAN: Messi bertembung dengan pemain tengah Sevilla, Jordan Moreno pada perlawanan itu.
 ?? — Gambar AFP ?? TEGANG: Pertengkar­an tercetus pada aksi perlawanan La Liga di antara Sevilla dan Barcelona di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla.
— Gambar AFP TEGANG: Pertengkar­an tercetus pada aksi perlawanan La Liga di antara Sevilla dan Barcelona di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia