Utusan Borneo (Sabah)

Shafie dapat sokongan penuh pimpinan DUN Bugaya

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) mendapat sokong penuh daripada semua wakil kepimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

Mereka terdiri daripada 122 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Ketua Kampung di DUN terbabit yang berikrar untuk terus setia bersama kerajaan Sabah hari ini.

MPKK Kampung Sungai Buaya, Amir Baha Penggaga berkata, rakyat sangat menghargai kepimpinan Ketua Menteri yang komited menerajui pemerintah­an negeri.

“Walaupun kepimpinan­nya baharu mencecah dua tahun lebih tetapi sudah banyak memberi manfaat terutamany­a kepada peneroka Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (SLDB) seperti kami.

“Ketua Menteri sudah mengotakan janjinya untuk memberikan geran kepada kami untuk terus mengusahak­an sektor pertanian,” katanya semasa ditemui, di sini semalam.

Beliau berkata, tidak dinafikan memang benar ketua menteri belum memberikan­nya secara menyeluruh, namun apa yang diberikan buat masa ini positif selepas mengambil kira tampuk kepimpinan yang masih baharu.

“Kita sedia maklum dalam keadaan sekarang pelbagai cabaran yang perlu dihadapi bukan sahaja di peringkat negeri tetapi seluruh dunia.

“Kerajaan negeri sedaya upaya mengambil beberapa langkah proaktif dan ke hadapan untuk memastikan negeri terus bertahan.

Justeru, adalah satu kerugian yang besar sekiranya kita tidak teguh bersama kepimpinan ketua menteri,” katanya.

Wakil Ketua Kampung DUN Bugaya, Adilun Samaldin pula berkata, pihaknya percaya ketua menteri sentiasa berjuang demi kepentinga­n rakyat Sabah.

“Usaha dan pengorbana­n dilakukann­ya bukan sesuatu yang mudah kerana beliau sanggup meneruskan perjuangan demi rakyat dan negeri ini.

“Kita tahu, beliau ada mendapat tawaran lebih mewah atau lebih baik di peringkat Persekutua­n, tetapi beliau tetap tegas mempertaha­nkan Sabah di bawah pemerintah­nya,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mengadakan gerakan dari rumah ke rumah di sekitar DUN Bugaya bagi memberi penerangan lebih terperinci dan sahih kepada rakyat.

“Ini merupakan usaha kami untuk menyalurka­n info-info yang berkaitan kepada masyarakat di kampung supaya mereka tidak mudah terperdaya dengan berita yang tidak sahih,” katanya.

Sementara itu MPKK Kampung Sejati Rahmahwati A Ranza menyatakan kekecewaan seluruh Wirawati Warisan P 189 Semporna apabila ada pihak sengaja menabur fitnah mengenai perpecahan kepimpinan di Sabah khususnya membabitka­n WARISAN termasuk ADUN Bugaya Manis Muka Mohd Dara kononnya keluar parti.

“Kami sangat kecewa dengan pihak tidak bertanggun­gjawab itu yang sengaja mengada-adakan berita palsu bertujuan menjatuhka­n reputasi ADUN Bugaya.

“Pertemuan hari ini, kami mewakili semua 122 MPKK dan Ketua Kampung DUN Bugaya termasuk Wirawati WARISAN memberi isyarat jelas kepada mereka di luar, bahawa jelas menyokong penuh kepimpinan Sabah hari ini,” katanya.

 ??  ?? SOKONG: Kesemua yang hadir mewakili MPKK dan Ketua Kampung DUN Bugaya menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri dan Manis Muka.
SOKONG: Kesemua yang hadir mewakili MPKK dan Ketua Kampung DUN Bugaya menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri dan Manis Muka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia