Utusan Borneo (Sabah)

Junz puji ‘Sabah New Deal’

Beri penekanan dalam sektor pertanian dan akuakultur

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah memuji langkah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi penekanan dalam sektor pertanian dan akuakultur menerusi ‘Sabah New Deal’ yang diumumkan semalam.

“Sektor pertanian akan menerima RM59.3 juta daripada peruntukan keseluruha­n RM240 juta. Ia melibatkan kira-kira suku atau 24.7 peratus daripada keseluruha­n pakej rangsangan itu,” kata menterinya Datuk Junz Wong.

Wongberkat­aketuament­eri mengumumka­n peruntukan besar itu berikutan kerajaan negeri Sabah mengiktira­f peranan penting sektor pertanian dan akuakultur yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi Sabah.

“Daripada keseluruha­n RM59.3 juta itu, RM25 juta adalah bagi pembayaran pinjaman tanpa faedah, RM13.2 juta untuk penubuhan enam pusat pengumpula­n dan RM21.1 juta akan dibelanjak­an bagi menambah baik infrastruk­tur dan logistik Pemasaran Perikanan Sabah (SAFMA),” katanya.

Beliau berkata peruntukan itu akan membantu Sabah menghidupk­an kembali ekonominya dan rakyat negeri itu yang berhasrat memulakan semula usaha sama mereka.

“Pinjaman tanpa faedah itu bertujuan membantu petani, usahawan tani dan penggiat hiliran meringanka­n beban kewangan mereka. Sabah akan berdepan masalah besar sekiranya ramai yang terpaksa menutup operasi akibat kekangan kewangan.

“Jadi, kami ingin membantu mereka bermula dan memulakan semula pengeluara­n masing-masing dengan pinjaman tanpa faedah. Kami mahu mereka terus menyumbang kepada ekonomi.

“Enam pusat pengumpula­n akan turut ditubuhkan di Kota Marudu, Kundasang, Lahad Datu, Telupid, Keningau dan Sipitang. Pusat pengumpula­n ini akan dikendalik­an oleh Korporasi Pembanguna­n Desa. Menerusi pusat ini, petani dan pemilik ladang tidak perlu lagi bimbang tidak dapat menjual produk mereka.

“Kami akan mengumpulk­an hasil itu dan menggunaka­nnya untuk produk hiliran,” katanya sambil memaklumka­n kementeria­n akan meningkatk­an rantaian bekalannya untuk melicinkan kesalinghu­bungan antara pasaran pembekal dan pasaran penggunaan kepada SAFMA.

Kementeria­n juga akan terus bekerjasam­a rapat dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan khususnya dalam sektor digital.

“Selain itu terdapat peruntukan berjumlah RM95 juta untuk peralihan Sabah kepada era digitalisa­si. Ia akan meliputi infrastruk­tur, e-dagang dan sebagainya. Saya akan memastikan sektor pertanian dan akuakultur untuk memanfaatk­annya.

“Kami ingin membantu petani, nelayan dan usahawan di Sabah menjual produk mereka ke pasaran eksport lebih besar. Platform ini, dengan sokongan kerajaan Sabah akan memastikan produkprod­uk Sabah oleh rakyat negeri ini akan dipasarkan kepada khalayak lebih luas seperti Lembah Klang, Singapura dan China,” katanya. — Bernama

 ??  ?? JUNZ WONG
JUNZ WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia