Utusan Borneo (Sabah)

Kuil Sri Kamini Thurga Iswari Amman Alayam sedia untuk dibuka semula

-

MIRI: Kuil Sri Kamini Thurga Iswari Amman Alayam di Taman Tunku sedia dibuka semula dan kerja-kerja sedang dijalankan oleh jawatankua­sanya untuk membersih dan mensanitas­i kuil tersebut.

Pengerusin­ya, Shubashini Krishnan berkata kerja-kerja pembersiha­n dan sanitasi kuil tersebut bermula sejak minggu lalu.

“Kami menyediaka­n SOP (prosedur operasi standard) untuk kuil kami dan juga membeli pelitup muka, pensanitas­i tangan dan alat penyukat suhu badan untuk digunakan apabila dibuka nanti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, jawatankua­sa hanya menunggu pengumuman dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) membuka semula kuil dan berharap dapat diadakan sebelum ulang tahun keempat kuil berkenaan.

“Mudah-mudahan kita dapat membuka semula kuil itu pada 26 Jun ini kerana pada 28 Jun merupakan ulang tahun keempat kuil kami. Jawatankua­sa memutuskan bahawa sembahyang mingguan kuil hanya dilakukan pada Jumaat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kuil ini pertama kali dibuka pada 9 Julai 2017 dan tahun ini ulang tahun diadakan pada 28 Jun. Tarikh mengikut kalendar Inggeris berbeza setiap tahun kerana kami mengikut kalendar Hindu,” katanya.

Shubashini berkata, setelah kuil dibuka ada buku log untuk mencatat butir-butir dan suhu badan pelawat dan mereka juga dapat merekodkan butir peribadi menggunaka­n borang Google yang dapat diimbas dengan aplikasi QR Code.

“Hanya 30 orang dibenarkan bersembahy­ang di kuil itu pada satu-satu masa.

Kita sebenarnya boleh menampung 36 orang dengan penjarakan sosial satu meter tetapi buat masa ini kita hanya membenarka­n 30 orang.

“Mereka berumur 70 tahun ke atas dan di bawah 15 tahun tidak dibenarkan datang untuk bersembahy­ang.

“Kami sebenarnya mempunyai 221 anggota, tetapi ada yang berhijrah dan berpindah kembali ke Semenanjun­g Malaysia, mereka semua anggota seumur hidup yang masih memberikan sumbangan kepada kuil kami,” katanya.

 ??  ?? PATUH SOP: Shubashini meletakkan tanda di lantai kuil ketika mereka membersih, mensanitas­i dan membuat persiapan pembukaan semula Kuil Sri Kamini Thurga Iswari Amman Alayam.
PATUH SOP: Shubashini meletakkan tanda di lantai kuil ketika mereka membersih, mensanitas­i dan membuat persiapan pembukaan semula Kuil Sri Kamini Thurga Iswari Amman Alayam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia