Utusan Borneo (Sabah)

Petugas sambut penumpang dibenarkan masuk lapangan terbang: MAHB

-

KUALA LUMPUR: Petugas yang menyambut atau menerima penumpang kini dibenarkan memasuki bangunan terminal lapangan terbang berkuat kuasa 19 Jun lepas, demikian menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Menurut kenyataan pengendali lapangan terbang itu, pengecuali­an tersebut adalah sejajar dengan kelonggara­n sekatan berperingk­at bagi mereka yang melakukan perjalanan udara di Malaysia.

“Kelonggara­n lain termasuk mengecuali­kan langkah penjarakan sosial yang ketat di pintu berlepas bagi melancarka­n proses terbabit mengikut tempoh ditetapkan,” katanya.

Di bawah pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, hanya penumpang dengan dokumen perjalanan yang sah dibenarkan masuk ke ruang terbabit.

MAHB bagaimanap­un menegaskan, pengecuali­an itu hanya diberikan selepas semua langkah keselamata­n berkaitan usaha membendung penularan COVID-19 telah dilaksanak­an di lapangan terbang.

“Langkah-langkah keselamata­n sedia ada adalah memadai, bukan hanya bagi mengelak penularan virus itu tetapi melindungi semua tetamu dan komuniti di lapangan terbang,” katanya.

Sejajar kelonggara­n sekatan perjalanan udara dan jangkaan kehadiran lebih ramai pengunjung di pintu masuk itu, MAHB telah meningkatk­an usahanya bagi melindungi orang ramai dan kalangan komuniti di kawasan berkenaan.

Kesemua usaha itu dilaksanak­an menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan yang beroperasi di lapangan terbang, rakan syarikat penerbanga­n dan pengendali serta pihak peruncit.

Sebahagian besar perniagaan di lapangan terbang itu juga telah menyambung operasi masing-masing bagi memastikan pengunjung mendapat pengalaman perjalanan yang lancar serta selesa.

“Selain kekal komited terhadap usaha memastikan keberkesan­an langkah-langkah keselamata­n itu, kami juga mengambil peluang ini untuk mengingatk­an semua pengunjung agar bertindak sewajarnya bagi menjadikan Malaysia selamat serta bebas daripada penularan COVID19,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia