Utusan Borneo (Sabah)

Sane menolak tawaran lanjutan kontrak di City

-

LONDON: Leroy Sane bakal meninggalk­an Manchester City selepas dia menolak kontrak baharu, kata pengurus Pep Guardiola kelmarin.

Kontrak pemain antarabang­sa Jerman itu ada baki 12 bulan lagi dan telah dikaitkan dengan Bayern Munich, dan pengurus City itu mengakui hanya masa sahaja yang menunggu sebelum Sane meninggalk­an kelab.

“Leroy berkata dia tidak mahu melanjutka­n kontrak pada musim akan datang, jadi ia bermakna dia mahu meninggalk­an kelab dan ia akan berlaku pada musim panas ini atau pada akhir kontrak,” kata Guardiola dalam satu sidang video bersama pemberita kelmarin.

“Kelab memberitah­u saya, mereka menawarkan dua atau tiga kali untuk melanjutka­n kontraknya, dia menolak, jadi dia mahu bermain di kelab lain.

“Saya rasa semua orang tahu, jika pada hujung musim ini, terdapat persetujua­n di antara dua kelab, dia akan meninggalk­an kelab kita.”

Sane, pemain sayap berusia 24 tahun, sudah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak dua kali di City sejak dia tiba dari Schalke pada 2016.

Bagaimanap­un, dia tidak bermain untuk pasukan utama sejak dia mengalami kecederaan ligamen lutut dalam perlawanan Community Shield menentang Liverpool pada Ogos lalu.

“Apabila kita membuat tawaran kepada pemain, ia adalah kerana kita mahukannya,” kata Guardiola di sidang akhbarnya sebelum perlawanan.”

Guardiola berkata David Silva dan Claudio Bravo akan kekal bersama kelab sehingga hujung musim yang dilanjutka­n.

City, yang menduduki tempat kedua dalam EPL, akan menentang Burnley esok (Isnin). — AFP

 ??  ?? SANE
SANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia