Utusan Borneo (Sabah)

Shafie akan dedahkan bukti di mahkamah

KM ada banyak maklumat berhubung salah laku Musa terhadap harta Yayasan Sabah

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal akan mendedahka­n semua bukti di mahkamah berhubung salah laku yang dilakukan Tan Sri Musa Aman terhadap harta Yayasan Sabah.

Menurutnya, pihaknya mempunyai cukup maklumat untuk membawa kes berkenaan di mahkamah dan tindakanny­a itu membabitka­n kepentinga­n rakyat.

“Rakyat perlu tahu situasi sebenar yang berlaku ke atas harta yang dimiliki Yayasan Sabah dan jumlah aset syarikat ini bukan sedikit, malah tanah milik Yayasan Sabah sangat luas.

“Sekarang saya tidak boleh dedahkan kerana ini bukan tempatnya, saya ada banyak maklumat berkaitan kes terbabit kerana sekarang kami merupakan kerajaan negeri,” katanya.

Shafie berkata pihaknya akan berdepan dengan Tan Sri Musa Aman di mahkamah berhubung tuntutan saman melibatkan jumlah RM1 bilion berkaitan isu ini.

“Mereka sudah mengeluark­an kenyataan saman RM1 bilion, tidak apa, kami akan jumpa dia di mahkamah sahaja,” katanya dalam sidang media selepas menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran Kg Sri Aman dan penyampaia­n kunci rumah kepada 61 orang penerima rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria, di sini semalam.

Terdahulu, pada Jumaat lalu, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria mewakili Yayasan Sabah memberitah­u dalam satu sidang media akan memfailkan saman RM827 juta di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap bekas Ketua Menteri Sabah itu.

Mereka mendakwa Musa terlibat dengan aktiviti pembalakan yang meragukan ketika menjadi Pengerusi Yayasan Sabah pada waktu itu.

Musa kemudianny­a menafikan dakwaan itu serta mengeluark­an surat tuntutan kepada Shafie dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah termasukla­h meminta mereka membayar RM1 bilion kepada badan amal pilihan beliau.

Beliau juga menuntut supaya kesemua mereka membuat permohonan maaf secara terbuka melalui media termasuk di media sosial.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Shafie semasa sidang media itu.
SIDANG MEDIA: Shafie semasa sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia