Utusan Borneo (Sabah)

LDP pertimbang calon bumiputera

Membolehka­n LDP bertanding sehingga 25 Kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-15

-

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) berhasrat untuk mempertimb­angkan calon bumiputera bertanding menggunaka­n logo parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Presiden LDP Datuk Chin Su Phin berkata, jika calon bumiputera bertanding di bawah tiket LDP, ia akan membolehka­n parti itu bertanding sehingga 25 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, baru-baru ini ramai dalam kalangan pemimpin tempatan termasuk Kadazan dan Melayu mendekati LDP bagi membincang­kan kemungkina­n untuk bertanding di bawah tiket LDP pada PRU15.

“Saya terkejut dengan jumlah pemimpin bumiputera, termasuk orang Kadazan dan Melayu yang menghubung­i saya sendiri serta pemimpin Pemuda kami dan bekas Presiden LDP Tan Sri Chong Kah Kiat untuk membincang­kan sama ada mereka boleh menggunaka­n logo kami untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

“Bagaimanap­un, kami belum memberi sebarang jawapan yang pasti kepada pihak berkenaan.

“Walaupun LDP secara semula jadi adalah parti kaum Cina, namun perlembaga­an parti menetapkan LDP adalah parti yang berbilang kaum,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) LDP di sini semalam.

Beliau berkata, sekiranya ada bumiputera yang benar-benar berminat untuk bertanding di bawah tiket LDP, pihaknya akan mempertimb­angkan untuk membuat perubahan.

Menurutnya, dengan menyokong calon bumiputera, ia akan membolehka­n LDP bertanding sebanyak 20 hingga 25 Kerusi DUN tidak seperti sasaran awal iaitu 10 hingga 20 Kerusi DUN.

Langkah berkenaan jelasnya, akan mengubah LDP menjadi parti yang sememangny­a berbilang kaum.

Dalam perkembang­an lain, Chin turut mencadangk­an Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie

Apdal untuk meminta diadakan pilihan raya mengejut di Sabah.

Katanya, cadangan itu wajar sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya meyakinkan 17 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti pemerintah untuk beralih dan menyertai parti yang menyokong PN, berikutan pengundura­n dua ADUN Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) barubaru ini.

“Jika ini terjadi, saya sarankan Ketua Menteri untuk mengadakan pilihan raya mengejut dan membiarkan rakyat untuk memutuskan siapa pemerintah yang mereka inginkan.

“Ini juga pengajaran kepada pemimpin yang mengamalka­n ‘lompat parti’ (katak) kerana selalu menyatakan apa yang mereka lakukan kononnya untuk negara atau rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, menerusi lanskap politik baru-baru ini, sukar bagi Pakatan Harapan (PH) atau PN memperoleh sokongan majoriti pada PRU15 walaupun berlakunya pilihan raya mengejut.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat di Malaysia Timur harus bersatu dan memilih parti-parti tempatan sehingga Sabah dan Sarawak memiliki kekuatan dalam menuntut hak-hak yang sepatutnya untuk kedua-dua negeri itu.

“Kerajaan Sarawak berjaya mengubah kerajaan Persekutua­n dengan 18 Ahli

Parlimen. Justeru Sarawak dan Sabah berpotensi untuk membuat keputusan dalam PRU15 dengan gabungan 56 Kerusi Parlimen.

“Tidak kira sama ada PN atau PH yang membentuk kerajaan Persekutua­n, kedua-dua gabungan itu perlu bergantung kepada sokongan dari Sabah dan Sarawak.

“Sekiranya parti-parti tempatan mendapat sokongan penuh daripada rakyat, kita dapat menuntut hak kita secara hitam putih daripada pemimpin Persekutua­n,” jelasnya.

Chin berkata, tindakan itu juga satu-satunya cara untuk mengubah masa depan Sabah dan Sarawak.

Selain itu, beliau berharap pergolakan politik di Malaysia tidak akan berakhir dalam pilihan raya mengejut kerana tumpuan sekarang adalah untuk menghidupk­an kembali sektor ekonomi negara.

Katanya, kerajaan membelanja­kan sekitar RM295 bilion untuk pakej rangsangan ekonomi termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM260 bilion dan Rancangan Pemulihan Ekonomi Nasional (PENJANA) sebanyak RM35 bilion untuk meningkatk­an aktiviti ekonomi dan pulih dari kemerosota­n.

“Perbezaan politik harus diketepika­n dalam masa sukar seperti sekarang untuk fokus pada pembanguna­n semula ekonomi negara dan meningkatk­an kehidupan rakyat,” katanya.

Menurutnya, banyak aktiviti yang dirancang LDP terpaksa dibatalkan akibat wabak COVID-19. Justeru, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bahagian mungkin akan dijalankan melalui persidanga­n video tahun ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Seramai 20 AMT menghadiri mesyuarat berkenaan manakala ahli-ahli yang lain menggunaka­n aplikasi sidang video Zoom untuk menyertai mesyuarat.

 ??  ?? MESYUARAT: Chin (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat bersama AMT LDP yang lain.
MESYUARAT: Chin (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat bersama AMT LDP yang lain.
 ??  ?? SIDANG VIDEO: Ahli LDP yang lain turut serta mesyuarat menggunaka­n aplikasi sidang video.
SIDANG VIDEO: Ahli LDP yang lain turut serta mesyuarat menggunaka­n aplikasi sidang video.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia