Utusan Borneo (Sabah)

NASIB MANGSA KEBAKARAN TERBELA

61 KIR terima kunci rumah PPR Bubul Ria

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Seramai 61 ketua isi rumah (KIR) di daerah ini menerima kunci rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria yang disampaika­n oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, di sini.

Mereka merupakan kalangan mangsa kebakaran di Kampung Seri Aman yang layak menerima rumah berkenaan sebagai ihsan kerajaan bagi memastikan semua mangsa kebakaran yang terlibat terbela.

Shafie berkata, perumahan PPR Bubul Ria ini sebenarnya untuk penduduk di Kampung Simunul yang mahu dipindahka­n supaya mereka mendapat penempatan yang lebih selesa.

Namun, pemberian kepada mangsa kebakaran itu hanya kebetulan memandang tempat mereka juga berdekatan dengan Kampung Simunul di samping keprihatin­an kerajaan terhadap mereka,” katanya.

Menurutnya, kesemua mereka yang berjaya mendapat tempat tinggal di sini akan diberikan secara sewa beli kerana itu menjadi syarat penduduk di Kampung Simunul sekiranya mereka mahu dipindahka­n.

“Saya difahamkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Jaujan Sambakong, penduduk di Kampung Simunul bersetuju dipindahka­n sekiranya mereka diberikan taraf berkonsepk­an sewa beli ke atas rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaia­n bantuan kepada mangsa kebakaran Kg Sri Aman dan penyampaia­n kunci rumah PPR Bubul Ria, di sini,

semalam.

Penerima kunci PPR, Roslan Gimbo, 44, bersyukur kerana dipilih untuk dipindahka­n di PPR Bubul Ria selepas rumah mereka di Kampung Seri Aman terbakar.

“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu kami sejak dari mula kebakaran lagi sehingga sekarang di mana kami sudah mendapatka­n sebuah rumah yang lebih selesa dan bersih.

“Sebelum ini juga pihak kerajaan banyak memberikan sumbangan bahan makanan dan mengurus penempatan sementara kepada semua penduduk mangsa kebakaran,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Wadhumar Alimusa, 36, turut mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan kerana nasib mereka terbela setelah ditimpa musibah.

“Banyak yang diberikan oleh pihak kerajaan sebelum ini dan kemuncakny­a ialah pemberian rumah PPR yang jauh lebih selesa dan tidak terdedah dengan kebakaran. WADHUMAR “Sejak daripada kejadian kebakaran itu, saya terlalu trauma kerana musibah itu bukan sahaja menyebabka­n kehilangan harta benda tetapi hampir membuatkan anak saya terkorban,” katanya.

Menurutnya, penempatan yang dahulu memang sangat terdedah dengan kebakaran kerana keadaannya yang terlalu rapat dan tidak teratur.

“Oleh itu, dengan pemberian rumah yang cukup selesa ini, saya sangat bersyukur kerana kerajaan tidak mengabaika­n kami yang berada di kampung setinggan sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? SIMBOLIK: Shafie menyerahka­n replika kunci sebagai simbolik penyerahan kepada Roslan.
SIMBOLIK: Shafie menyerahka­n replika kunci sebagai simbolik penyerahan kepada Roslan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia