Utusan Borneo (Sabah)

Dua wanita maut, tersepit dalam kenderaan

- Oleh Amir Anuar

TAMBUNAN: Dua wanita yang tersepit di kenderaan mereka disahkan maut dalam kemalangan di KM

4, Jalan TambunanKo­ta Kinabalu, di sini, malam kelmarin.

Dua lagi mangsa, lelaki termasuk pemandu pula cedera parah dalam kejadian terbabit yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 11 malam melibatkan kes kenderaan terbabas sendiri.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Shahrudin Mat Husain berkata, semua mangsa dalam perjalanan dari arah Kg Minodung menuju Kg Kaingaran, Tambunan dengan menaiki sebuah kenderaan.

“Bagaimanap­un, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik semasa melalui lokasi kejadian di kawasan selekoh jalan,” katanya, di sini, semalam.

Shahrudin berkata kemalangan itu menyebabka­n kenderaan mereka terputus dua dan kedua-dua wanita yang menjadi penumpang hadapan dan belakang meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahka­n menerima panggilan kecemasan pada jam 11.21 malam sebelum sebuah EMRS dan lima anggota diketuai PBK II Ajis Ajap bergegas ke lokasi kejadian.

Ajis berkata dua wanita tersepit dalam kenderaan dan pasukan mereka terpaksa mengeluark­an kedua-dua mangsa namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Dua lagi mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tambunan untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya plpada jam 12. 43 tengah malam,” katanya.

Sehingga berita ini dilaporkan, tidak ada perkongsia­n sebarang maklumat lanjut berhubung latar belakang atau identiti sebenar kesemua mangsa yang diperolehi.

 ??  ?? MAUT: Dua maut dan dua cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan di KM 4, Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, Tambunan, malam kelmarin.
MAUT: Dua maut dan dua cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan di KM 4, Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, Tambunan, malam kelmarin.
 ??  ?? REMUK: Kenderaan dinaiki mangsa remuk impak kemalangan.
REMUK: Kenderaan dinaiki mangsa remuk impak kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia