Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat luar bandar mahu bantuan alat pemeriksaa­n suhu

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

KOTA KINABALU: Ketika orang ramai diingatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos ini, masyarakat luar bandar memohon agar kerajaan menyumbang­kan alat pemeriksaa­n suhu.

Presiden Persatuan Penduduk Kampung Pengulobon, Abingkoi, Korolok dan Ahuron Kemabong Tenom (PAKAT) Rainus Sagulau berkata, masyarakat luar bandar memerlukan bantuan alat pemeriksaa­n suhu sebelum mereka memulakan pekerjaan atau aktiviti seharian.

“Ini akan memudahkan mereka mendapatka­n rawatan kesihatan dan nasihat doktor di klinik atau hospital berdekatan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu memberikan bantuan alat pemeriksaa­n suhu untuk kemudahan masyarakat dan membolehka­n mereka memeriksa suhu badan bagi memastikan tiada gejala jangkitan penyakit.

Beliau berkata, masyarakat perlu diberi kesedaran mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang masih belum berakhir.

Oleh itu, beberapa kelonggara­n yang diberikan oleh kerajaan seperti pembukaan pusat kecantikan, pusat refleksolo­gi dan kebenaran kepada ibu bapa membawa anak-anak mereka ke tempat awam seperti restoran dan pusat beli-belah perlu dipantau.

“Kita perlu benar-benar memastikan wabak COVID19 tidak menular dengan menerapkan peraturan SOP yang ketat dan mengambil tindakan kepada mereka yang gagal melaksanak­annya.

Rainus juga meminta agar kerajaan khususnya Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia melakukan pembersiha­n dan penyembura­n antikuman sebelum sesi sekolah dibuka secara berperingk­at bermula 24 Jun.

“Langkah-langkah pencegahan perlu diutamakan bagi menghalang penularan wabak COVID-19 yang membahayak­an nyawa dan memakan banyak korban bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia,” kataya.

Masyarakat perlu lebih berhati-hati terhadap penularan wabak penyakit yang melanda negara.

Rainus juga membidas pihak-pihak tertentu yang menjadikan wabak COVID19 sebagai modal politik mereka kerana ia melibatkan kepentinga­n dan keselamata­n orang ramai yang benar-benar terjejas akibat PKP.

“Sebenarnya inilah masanya kita membantu golongan yang terjejas seperti masyarakat luar bandar yang bukan saja kehabisan barangan keperluan malah tidak dapat memasarkan hasil pertanian mereka,” katanya.

 ??  ?? RAINUS
RAINUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia