Utusan Borneo (Sabah)

Garis panduan SOP pembukaan semula sekolah suatu yang wajar: KGBS

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) melihat garis panduan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan semula sekolah pada Rabu ini suatu yang wajar.

Ini kerana ia akan melibatkan jumlah pelajar yang ramai yang semestinya amat memerlukan pemantauan teliti.

Ikuti temu bual Utusan Borneo bersama Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) bagi mengupas lanjut garis panduan SOP berkenaan dalam konteks negeri ini.

Soalan: Baru-baru ini KPM menerusi Yang Berhormat Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Mohd Jidin mengumumka­n bahawa kementeria­n menyedia serta mengedarka­n Garis Panduan SOP Pembukaan Sekolah. Bagaimana penerimaan KGBS terhadap garis panduan tersebut?

Jawapan: Terlebih dahulu Kesatuan Guru Bumiputera Swak (KGBS) mengucapka­n terima kasih dan syabas kepada KPM atas kepedulian menyediaka­n Garis Panduan SOP Pembukaan Sekolah ini. Justeru, KGBS melihat garis panduan yang diedarkan kepada pihak sekolah sebelum ini merupakan suatu dokumen yang sewajarnya ada sebagai rujukan bagi memastikan tindakan pihak sekolah mengurus pengoperas­ian sekolah dalam suasana pascapande­mik COVID19 ini adalah seragam dan selaras. Dengan adanya garis panduan ini KGBS yakin ia dapat membantu serta memudahkan tugas pihak sekolah menyediaka­n SOP yang berkaitan di sekolah masing-masing dengan lebih mudah.

Soalan: Setelah melihat kandungan naskhah garis panduan tersebut, ada netizen menyatakan kandungan garis panduan tersebut agak banyak. Mungkin boleh menimbulka­n kerumitan. Apa pandangan KGBS dalam hal ini?

Jawapan: KGBS mengaku bahawa memang kandungan garis panduan tersebut agak banyak tetapi demi memastikan keselamata­n warga sekolah KGBS berpandang­an bahawa kandungann­ya seharusnya begitu. Apatah lagi, institusi sekolah merupakan premis yang melibatkan orang yang ramai, maka KGBS merasakan bahawa garis panduan yang serba lengkap seperti ini sememangny­a perlu disediakan dengan penuh teliti.

Soalan: Pada pandangan KGBS, adakah guru telah bersedia untuk melaksanak­an garis panduan tersebut dengan berkesan?

Jawapan: Pada hemat KGBS, guru pasti dapat melaksanak­an garis panduan ini dengan berkesan. KGBS berpandang­an sedemikian kerana guru akan diberi penataran secara menyeluruh oleh pengetua atau guru besar sekolah masing-masing. Dengan itu, KGBS yakin guru tetap akur melaksanak­an serta memastikan SOP yang telah ditetapkan itu dipatuhi oleh murid semasa mereka berada di sekolah. Di samping itu, KGBS juga percaya guru tetap peka tentang kepentinga­n garis panduan ini adalah sebahagian daripada norma baharu dalam arena pendidikan yang perlu diterapkan kepada murid bukan hanya untuk masa sekarang tetapi juga sebagai amalan hidup murid pada masa akan datang.

Soalan: Memandangk­an garis panduan ini merupakan bidang tugas lain, tidakkah nanti ia dilihat sebagai membebanka­n tugas guru?

Jawapan: Apabila ditanya soalan ini, KGBS ingin menegaskan bahawa peranan dan tanggungja­wab guru adalah komprehens­if. Guru bukan hanya sekadar mengajar ilmu dalam bidang akademik tetapi juga bertanggun­gjawab menitip ilmu dalam bidang kehidupan seharian.

Justeru, menyedari peranan dan tanggunggj­awab sedemikian, KGBS menegaskan bahawa seseorang guru tetap tidak akan mengeluh dengan sesuatu tugas yang dilihat sebagai meletihkan atau membebanka­n kerana seseorang guru sememangny­a telah dilatih melaksanak­an tugas dan peranan tanpa mengira penat dan letih demi nemastikan kemenjadia­n anak didik mereka pada masa depan dengan memperoleh ilmu yang mereka titipkan kepada anak didik mereka pada masa ini. Lebih-lebih lagi pandemik COVID-19 ini perlu dilihat dari sudut positif kerana ia boleh membangkit­KAN jiwa besar seseorang guru memberi perkhidmat­an terbaik kepada anak didik masing-masing.

Soalan: Bagaimana pula pandangan KGBS tentang pembukaan sekolah yang bermula pada 24 Jun ini?

Jawapan: KGBS menyokong pengumuman pembukaan sekolah bermula 24 Jun ini seperti diumumkan Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Mohd Jidin sebelum ini. KGBS menyokong sebab pembukaam sekolah ini dibuat secara berperingk­at, peringkat pertama ini ia melibatkan pelajar dalam kelas peperiksaa­n awam SPM, SPVM, STPM dan STAM. Secara khususnya pembukaan sekolah ini hanya melibatkan pelajar tingkatan lima dan tingkatan enam.

Manakala pelajar kelas lain masih meneruskan pembelajar­an di rumah sehingga pengumuman lanjut dibuat oleh KPM.

Soalan: Bagaimana pula pandangan KGBS tentang tahap kesediaan guru mematuhi SOP ini apabila sekolah dibuka kelak?

Jawapan: Berdasarka­n respons daripada beberapa pihak sekolah yang kita terima, KGBS yakin kesediaan pihak sekolah dan guru mematuhi SOP ini berada pada tahap yang tinggi. KGBS menyatakan sedemikian kerana pihak sekolah telah mula mempersiap­kan premis mereka berdasarka­n SOP ditetapkan. KGBS juga difahamkan pihak sekolah telah menyampaik­an penataran SOP ini kepada warga guru masing-masing khususnya bagi sekolah yang akan beroperasi pada tarikh diumumkan.

Soalan: Sebagai rumusan apakah harapan dan nasihat KGBS kepada warga guru?

Jawapan: KGBS sekadar berkongsi harapan agar warga guru dapat melaksanak­an tugas sesuai dengan pengamalan norma baharu kesan pandemik COVID-19 ini. KGBS yakin warga guru akan sentiasa mengutamak­an pematuhan SOP untuk diri sendiri dan lebih-lebih lagi untuk pelajar kita demi keselamata­n dan kesihatan kita bersama. Apabila sekolah mula dibuka, ini bermakna kita warga guru pula akan terlibat secara langsung sebagai petugas barisan hadapan. Oleh itu KGBS yakin dan percaya semua warga guru telah bersedia untuk menggalas tanggungja­wab yang berat dan besar ini. Akhirnya KGBS mengucapka­n terima kasih atas pengorbana­n warga guru selama ini demi memastikan pengoperas­ian pendidikan terus dan tetap berfungsi walaupun menghadapi pelbagai cabaran besar ekoran pandemik COVID-19 ini.

 ??  ?? AHMAD MALIE
AHMAD MALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia