Utusan Borneo (Sabah)

RTP merancakka­n aktiviti pembanguna­n luar bandar

RM5 juta kepada ADUN, Ahli Parlimen laksana projek pembanguna­n di kawasan masing-masing

- Oleh Kepu Sidi

TANJUNG MANIS: Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) ditubuhkan bagi merancakka­n aktiviti pembanguna­n terutama di kawasan luar bandar.

Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab berkata setiap tahun Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RM5 juta kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen melaksanak­an program pembanguna­n di kawasan masing-masing.

“Peruntukan RM5 juta itu dalam bentuk projek pembanguna­n dan bukannya dalam bentuk wang.

“Setiap tahun, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen terutama daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerima peruntukan projek pembanguna­n di kawasan

“Peruntukan RM5 juta itu dalam bentuk projek pembanguna­n dan ” bukannya dalam bentuk wang. Yusuf Abdul Wahab Ahli Parlimen Tanjung Manis

masing-masing untuk manfaat rakyat peringkat akar umbi.

“Bagi kawasan DUN dan Parlimen diwakili GPS, kita sering bekerjasam­a dalam usaha membangunk­an sesebuah kawasan yang terletak dalam pentadbira­n tersebut,” katanya pada perasmian awal Dewan Kampung Stalun di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh.

Dewan Kampung Stalun mula dibina pada 21 November 2019 dan siap sepenuhnya pada 20 Januari 2020.

Menurut Yusuf, kos pembinaan dewan tersebut berjumlah RM400,000 dan mampu menampung lebih 100 orang pada sesuatu masa.

“Dewan ini adalah untuk penduduk mengadakan aktiviti dan acara di kawasan terbabit. Kita harap kemudahan ini dapat dijaga dan dimanfaatk­an oleh masyarakat,” jelasnya.

Sementara itu, Len turut menyampaik­an dana untuk aktiviti tahunan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan tuai-tuai rumah di kawasan Stalun.

 ??  ?? DEWAN BAHARU: Yusuf (dua kanan) dan Len menyempurn­akan perasmian Dewan Kampung Stalun sambil disaksikan penduduk setempat.
DEWAN BAHARU: Yusuf (dua kanan) dan Len menyempurn­akan perasmian Dewan Kampung Stalun sambil disaksikan penduduk setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia