Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan Batang Sadong berpotensi sebagai lokasi untuk ‘Insta Worthy’

-

KUCHING: Kawasan Batang Sadong berpotensi sebagai lokasi untuk ‘Insta Worthy’ kepada mereka yang mencari keunikan dan kelainan serta mahu berkongsi penceritaa­n pengalaman semasa berkunjung ke sesuatu tempat.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata demikian ketika mengadakan lawatan meninjau kawasan tapak yang berpotensi untuk dibangunka­n sebagai kawasan peranginan dan pelanconga­n.

“Di Simunjan, kita ada tempat riadah untuk keluarga dan penggemar ekopelanco­ngan dapat menikmati pemandanga­n serta air sungai bersih yang mengalir dari air terjun Wong Muas.

“Selain, tempat berkelah seperti di Sungai Krian, Kepayang manakala Gunung Ngeli untuk sukan hiking. “Di Gedong pula, kita ada pusat pengeluara­n tenunan songket Sarawak dan mi udang.

“Di Sadong Jaya ini, kita ada produk makanan etnik Bugis seperti burasak, ikan pindang, daging kak daro, sambalak celak, cucor lumek dan kambu feria,” katanya menerusi kenyataann­ya kelmarin selepas melawat perkembang­an pelaksanaa­n Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) di kawasan Batang Sadong.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata pihaknya telah bekerjsama dengan Agensi Pembanguna­n Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) menjalanka­n pelbagai projek.

Antaranya ialah tapak cadangan projek ala Rehat dan Rawat (R&R) dan cadangan projek Dewan Warisan Batang Sadong bersebelah­an Jambatan Batang Sadong.

“Dewan Warisan Batang Sadong akan digunakan sebagai pusat kebudayaan pelbagai masyarakat di kawasan Batang Sadong yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Bugis, Jawa dan Iban,” katanya yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pelanconga­n bagi kawasan itu.

Ia merupakan kunjungan pertama beliau selepas pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula sejak 18 Mac dan berakhir pada 9 Jun lalu.

Antara projek RTP siap adalah projek naik taraf Rumah Usahawan Wanita Simunjanbe­rnilaiRM20­0,000 yang mula dibina pada Oktober tahun lalu dan siap pada April tahun ini.

 ??  ?? DI SINI: Nancy menunjukka­n tapak projek Dewan Warisan Batang Sadong bersebelah­an Jambatan Batang Sadong kepada Setiausaha Politiknya Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie.
DI SINI: Nancy menunjukka­n tapak projek Dewan Warisan Batang Sadong bersebelah­an Jambatan Batang Sadong kepada Setiausaha Politiknya Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia