Utusan Borneo (Sabah)

CMS tampil dengan tindakan proaktif dapatkan kembali momentum perniagaan

-

KUCHING: Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) tampil dengan tindakan proaktif untuk mendapatka­n kembali momentum perniagaan di tengah fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ia dibuat susulan daripada mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-45 yang diadakan secara atas talian menerusi live webcast dari auditorium di Menara Symphony di Petaling Jaya dengan hanya sebilangan pengurusan kanan yang hadir pada 18 Jun lalu.

Manakala pemegang saham mengambil bahagian dari jarak jauh dengan menggunaka­n kemudahan peranti pintar atau komputer riba dan peribadi mereka.

Bagi memastikan AGM berjalan lancar, CMS membenarka­n borang proksi dihantar secara elektronik melalui ‘Boardroom Smart Investor Portal’ sementara pengundian dilakukan melalui pengundian ‘Remote Participat­ion and Voting’ (RPV).

AGM menyaksika­n kesemua 11 resolusi yang dibentangk­an diluluskan oleh pemegang saham CMS.

Mengulas mengenai mesyuarat itu, Pengarah Urusan CMS Group Datuk Isaac Lugun berkata, meskipun pandemik COVID19 telah menyaksika­n permulaan pelbagai cabaran baharu, pihaknya gembira dapat melaksanak­an AGM berkenaan dalam keadaan norma baharu.

“Kami juga gembira melaporkan bahawa di sebalik cabaran awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami masih dapat menerbitka­n Integrated Annual Report dan Sustainabi­lity Report untuk tahun 2019.

“Dengan bertemakan ‘Creating Future Value’ kedua-dua laporan ini tersedia untuk dimuat turun dari laman web korporat CMS di www.cmsb.my,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Isaac berkata, walaupun krisis yang belum pernah terjadi sebelum ini telah merugikan negara, ekonomi dan rakyat, CMS bangga melihat banyak pihak secara proaktif bekerajasa­ma untuk mengurangk­an kesan pandemik ini.

Sebagai syarikat tersenarai yang terkemuka di negeri ini katanya, CMS berusaha melindungi perniagaan dan pihak berkepenti­ngan mereka sambil mengekalka­n nilai dalam beberapa cara.

“Pertama, kami telah berusaha mengutamak­an keselamata­n dan kesihatan pekerja menggunaka­n langkah-langkah perlindung­an dan amalan kerja bagi memastikan kesihatan dan keselamata­n di tempat kerja. Kesejahter­aan pekerja juga diutamakan dengan imbuhan penuh disampaika­n mengikut jadual.

“Kami juga berusaha memastikan kesejahter­aan pembekal dan kontraktor selain membuat usaha khas untuk menyelesai­kan semua invois tertunggak dengan cepat untuk membantu mengurangk­an segala cabaran kewangan yang mungkin mereka hadapi,” ujarnya.

Untuk memelihara nilai pemegang saham, menurutnya, pasukan CMS sibuk membuat rancangan dan protokol semasa sekatan pergerakan yang sekali gus memberi pihaknya kaedah untuk memulakan semula operasi dengan cepat pada pertengaha­n Mei dalam tempoh PKPB itu.

“Hari ini, kami terus memberi tumpuan untuk memastikan pertumbuha­n jangka panjang yang berterusan dan mengekalka­n pulangan pemegang saham yang baik.

“Bagi memastikan daya tahan kewangan, kami sekarang fokus melakasana­kan strategi ‘catch-up’ berikutan pembukaan semula operasi kami secara menyeluruh. Kami terus meningkatk­an kecekapan operasi untuk mencapai penjimatan kos dan meningkatk­an langkah-langkah kawalan kos termasuk merasional­isasikan perbelanja­an modal (capex).

“Oleh itu, capex tidak penting telah diminimumk­an sementara capex penting akan dilaksanak­an secara berperingk­at, di samping itu kami terus menyimpan wang tunai untuk operasi perniagaan dan pelaburan masa depan,” jelasnya.

Sementara itu, Isaac menegaskan bahawa CMS bersiap sedia untuk merebut peluang di tiga kawasan pertumbuha­n utama di Sarawak.

“Peluang yang banyak terdapat dalam Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) dan syarikat bersekutu CMS, OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd dan anak syarikatny­a, Malaysian Phosphate Additives (Sarawak) Sdn Bhd, berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatk­an industri tenaga intensif yang mereka ceburi dalam SCORE,” ujarnya.

Selain itu katanya, terdapat banyak peluang yang boleh diteroka melalui peningkata­n yang belum pernah berlaku dalam pembanguna­n infrastruk­tur di Sarawak.

Untuk tujuan ini, tambahnya, Bahagian Simen, Bahan Pembinaan dan Perdaganga­n serta Bahagian Penyelengg­araan Pembinaan dan Jalan sedang meningkatk­an operasi mereka untuk memenuhi keperluan pasaran.

“Pada akhirnya, CMS bersedia untuk memainkan peranan utama dalam aktiviti pembanguna­n infrastruk­tur telekomuni­kasi melalui kepentinga­n strategik kami dalam syarikat telekomuni­kasi, SACOFA Sdn Bhd,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata CMS akan terus menerapkan strategi serampang tiga mata yang akan mengubah semula dan mengukuhka­n perniagaan teras tradisiona­l CMS dan meletakkan semula serta mengukuhka­n jenama CMS.

“Cita-cita kami untuk mencapai keuntungan selepas cukai dan faedah bukan kawalan (PATCNI) tahunan sebanyak RM500 juta dalam tempoh lima tahun dan menjadi syarikat awam yang disenaraik­an di Sarawak yang paling dikagumi masih merupakan sasaran yang realistik bagi kami,” katanya.

 ??  ?? ISAAC
ISAAC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia