Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kampung Kopit giat usahakan nanas MD2

Seramai 19 peserta dari kampung tersebut menyertai projek yang diusahakan secara berkelompo­k itu

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Penduduk Kampung Kopit yang terletak dalam daerah Bau di sini sedang giat mengusahak­an tanaman nanas MD2 bagi meningkatk­an lagi taraf ekonomi mereka.

Salah seorang peserta projek, Penghulu Ranit Rujah berkata seramai 19 peserta dari kampung tersebut menyertai projek yang diusahakan secara berkelompo­k itu.

“Projek ini adalah yang pertama dibangunka­n di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu di bawah Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah menerusi Jabatan Pertanian Negeri Sarawak.

“Projek ini telah bermula pada 24 April 2020 dengan setiap peserta diberikan 2,000 anak benih sebagai permulaan,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Ranit, setakat ini semua 19 peserta baru selesai menanam anak benih masing-masing dan dijangka mencapai usia matang serta dapat dituai dalam tempoh 10 bulan selepas ditanam.

“Selain mengeluark­an buah, satu pokok nanas MD2 ini juga dapat mengeluark­an empat hingga lima anak pokok atau salur.

“Salur nanas MD2 ini mendapat banyak permintaan daripada pekebun nanas dan ia dijual pada harga RM2.50 satu,” katanya.

Ranit yang juga penghulu bagi kawasan Serembu dalam pada itu berharap projek berkenaan akan berjaya sekali gus meningkatk­an taraf ekonomi penduduk di kawasan itu yang sebahagian besarnya terlibat dalam kegiatan pertanian.

“Ramai yang berminat dengan tanaman nanas MD2 ini tetapi kita tidak mempunyai anak benih atau salur yang mencukupi pada masa ini.

“Salur yang dibekalkan sekarang adalah dari ladang nanas MD2 yang diusahakan secara persendiri­an oleh anak tempatan di Kampung Padang Pan, juga di Bau,” katanya.

Selain tanaman nanas MD2, turut dicadangka­n dibangunka­n projek fertigasi di kawasan Serembu kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Serembu Miro Simuh.

Projek fertigasi katanya, semakin popular ketika ini

“Projek ini telah bermula pada 24 April 2020 dengan setiap peserta diberikan” 2,000 anak benih sebagai permulaan Penghulu Ranit Rujah Peserta projek

dan ia amat sesuai dibangunka­n di kawasan Serembu terutama melibatkan para belia.

 ??  ?? SUDAH DITANAM: Kerja-kerja penanaman anak pokok nanas MD2 selesai dijalankan oleh peserta projek di Kampung Kopit, Bau.
SUDAH DITANAM: Kerja-kerja penanaman anak pokok nanas MD2 selesai dijalankan oleh peserta projek di Kampung Kopit, Bau.
 ??  ?? BERI PANDANGAN: Miro (kiri) berbincang dengan peserta projek tanaman nanas MD2 di Kampung Kopit, Bau. Turut kelihatan Ranit (belakang, kanan).
BERI PANDANGAN: Miro (kiri) berbincang dengan peserta projek tanaman nanas MD2 di Kampung Kopit, Bau. Turut kelihatan Ranit (belakang, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia