Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Malam Sibu mendapat sambutan amat menggalakk­an

-

SIBU: Pembukaan semula operasi Pasar Malam Sibu di Taman Rama-Rama di sini mendapat sambutan amat menggalakk­an dan luar biasa.

Orang ramai kelihatan berbaris panjang untuk diperiksa suhu badan, mencatatka­n butiran peribadi dan sebagainya sebelum dibenarkan masuk ke tapak tersebut.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Peniaga dan Penjaja Kecil Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Kaunselor Albert Tiang turut memantau keadaan di tapak itu malam kelmarin.

Beliau berkata, ia adalah sesuatu yang baik kepada golongan penjaja di Pasar Malam Sibu.

“Namun, masalahnya apabila semakin lama serta berbaris panjang memperliha­t ramai orang mahu masuk, tidak ada lagi penjarakan sosial ketika mereka beratur dan sangat rapat.

“Ia serupa dengan isu di Pasar Sentral Sibu sebelum ini disebabkan pendaftara­n pengunjung kerana mereka memerlukan masa mendaftar sebelum mereka dibenarkan masuk,” katanya.

Tiang berkata, apa yang berlaku di Pasar Sentral Sibu adalah pada hari pertama dan hari kedua sahaja kerana pendaftara­n pengunjung menyebabka­n barisan sangat panjang.

“Apa yang dilakukan adalah setelah kajian dijalankan, kami tidak lagi mengenakan pendaftara­n pengunjung dan memfokus pada imbasan suhu badan, hasilnya orang ramai beratur panjang akhirnya terkawal dan berjalan lancar.

“Ada kemungkina­n kita menggunaka­n pendekatan sama di pasar malam ini namun semuanya bergantung kepada hasilnya setelah kajian terperinci dilakukan nanti,” jelasnya.

Beliau juga menasihati semua 82 penjaja di bawah Kumpulan B agar memakai pelitup muka mereka dengan betul.

“Hari ini (semalam), giliran penjaja Kumpulan A berniaga terdiri daripada 82 penjaja.

“Penjaja Kumpulan B (malam kelmarin) mengalami perniagaan sangat baik dan kebanyakan jualan hampir habis sekitar jam 7.30 malam.

“Mungkin mereka tidak menjangkak­an orang ramai seperti malam ini (Sabtu) dengan hanya menyediaka­n sedikit makanan untuk dijual,” katanya.

Tiang berkata, terdapat tiga pintu masuk/keluar di pasar malam tersebut masing-masing satu di Jalan

Island, Jalan Cross dan Jalan Pasar.

“Penjaja di pasar malam di sini berniaga secara bergilir-gilir mengikut giliran ditetapkan oleh MPS dengan SOP seperti ditetapkan.

“Oleh kerana gerai dijarakkan sekurang-kurangnya 1.5 meter, hanya 82 daripada 164 gerai beroperasi setiap malam ketika pasar dibuka kembali. Waktu operasi jam 5 petang hingga jam 10 malam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MPS Clarence Ting berada di pasar malam tersebut memantau SOP dan berkata pihaknya mencari cara lebih baik menguruska­n jumlah kehadiran ramai pengunjung.

Turut mengiringi Tiang dan Ting dalam pemantauan tersebut ialah Pengerusi Penjaja Seksyen Bumiputera Pasar Malam Sibu Abdul Halim Abu Bakar.

 ??  ?? TINJAU: Tiang (dua kiri) dan Ting (tiga kiri) ketika meninjau SOP di Pasar Malam Sibu kelmarin.
TINJAU: Tiang (dua kiri) dan Ting (tiga kiri) ketika meninjau SOP di Pasar Malam Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia