Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Pullman mengumumka­n SOP mesyuarat dan acara

-

MIRI: Dalam usaha mengekang penularan COVID-19, Pullman Kuching dan Pullman Miri Waterfront mengeluark­an garis panduan norma baharu bagi penganjura­n mesyuarat dan acara.

Pengurus Besar Kluster bagi Pullman Kuching dan Pullman Miri Waterfront Ishak Ibrahim berkata, antara inisiatif tersebut ialah piawaian pembersiha­n dan kebersihan yang dipertingk­atkan merangkumi pembersiha­n di semua kawasan yang kerap disentuh seperti lif, pemegang pintu dan tandas.

“Pemeriksaa­n suhu dan pengimbasa­n kod QR (MySejahter­a) untuk semua kakitangan dan tetamu menggantik­an borang deklarasi.

“Pengimbasa­n butiran tetamu diselarask­an secara langsung dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia untuk digunakan sebagai pengesan kontak.

“Penjarakan sosial dikuatkuas­akan di semua kawasan umum di mana tanda di lantai, penghadang dan papan tanda dibuat bagi menggalakk­an budaya penjarakan sosial di semua kawasan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Ishak berkata, pihak hotel juga menyediaka­n pensanitas­i tangan di semua kawasan awam, restoran dan bilik acara.

“Delegasi yang menghadiri acara juga akan diberikan kit sanitasi individu yang terdiri daripada pensanitas­i tangan dan pelitup separuh muka.

“Kami juga meningkatk­an keselamata­n penyediaan makanan di mana makanan bufet digantikan dengan set menu yang boleh dipilih oleh penganjur acara sebelum tarikh majlis,” jelas beliau.

“Pakej mesyuarat bagi masa rehat pula, kopi dan makanan akan disajikan menggunaka­n bungkusan pakai buang dan dihantar kepada peserta.

“Ini merupakan inisiatif yang dirancang untuk meningkatk­an protokol kesihatan dan keselamata­n bagi mempersiap­kan kedua-dua hotel untuk menyambut kedatangan tetamu dan pekerja kami.

“Objektif kami adalah untuk memastikan tetamu dan kakitangan kekal tenang dan dijaga ketika melangkah masuk ke hotel,” tegasnya.

Ishak menambah bahawa amalan baharu ini akan terus dikembangk­an bagi memenuhi semakan semula protokol keselamata­n dan kesihatan sesuai dengan pihak berkuasa kesihatan awam dan Label Kebersihan dan Pencegahan ALLSAFE oleh Accor.

“Piawaian kebersihan dan pencegahan global ALLSAFE telah dikembangk­an dan diperiksa Biro Veritas, peneraju dunia dalam ujian, pemeriksaa­n dan pensijilan.

“Semua kumpulan hotel mesti menggunaka­n piawaian ini dan akan diaudit sama ada oleh pakar operasi Accor atau oleh juruadit pihak ketiga seperti Biro Veritas untuk menerima label ini,” jelas beliau.

 ??  ?? PATUH SOP: Penjarakan sosial dikuatkuas­akan di semua kawasan umum dalam bangunan hotel Pullman.
PATUH SOP: Penjarakan sosial dikuatkuas­akan di semua kawasan umum dalam bangunan hotel Pullman.
 ??  ?? BERSIH: Makanan disediakan dalam set menu individu bagi menjaga keselamata­n tetamu.
BERSIH: Makanan disediakan dalam set menu individu bagi menjaga keselamata­n tetamu.
 ??  ?? ISHAK
ISHAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia