Utusan Borneo (Sabah)

Beri ruang PN mentadbir sehingga akhir penggal

PH tidak perlu ganggu kerajaan PN ketika kerajaan sedang berusaha memulihkan ekonomi selepas pandemik COVID-19

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari MUHTAR

“Kita menasihati PH berhenti mengheret negara ke kancah politik yang tidak berkesudah­an dan tidak mengganggu pentadbira­n kerajaan PN ” sehingga habis penggal ini.

Muhtar Suhaili Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat

MIRI: Pakatan Harapan (PH) tidak perlu mengganggu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam pentadbira­n negara ketika kerajaan sedang berusaha memulihkan ekonomi selepas pandemik COVID19.

Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat Muhtar Suhaili berkata, kerajaan PN ketika ini telah merancang pelbagai strategi untuk memulihkan semula sektor ekonomi dan sosial berbanding memikirkan desakan politik.

“Kita menasihati PH berhenti mengheret negara ke kancah politik yang tidak berkesudah­an dan tidak mengganggu pentadbira­n kerajaan PN sehingga habis penggal ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Muhtar berkata, ketegangan antara pemimpin PH semakin menjadi-jadi ekoran pemimpin mereka saling berbalah.

“Situasi politik dalam PH sendiri sudah tiada persefaham­an kerana mereka saling bercakaran dalam menentukan siapa calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana

Menteri daripada PH.

“Dalam situasi tegang ini mereka (PH) terlalu banyak bermain dengan propaganda dan sentimen untuk menjejaska­n atau memburukka­n PN di mata rakyat,” katanya.

Terbaharu, Setiausaha Politik Presiden PKR Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dikecam Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad kerana mempersoal­kan kesetiaan AMANAH dan DAP terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia susulan Farhash menegur Setiausaha Organisasi DAP Antony Loke yang menuntut PKR menyatakan pendirian tegas mengenai kerjasama PH dengan bekas Perdana Menteri PH Tun Dr Mahathir Mohamad dalam misi mendapatka­n kembali Putrajaya.

Kata Muhtar, semua sedia maklum bahawa AMANAH dan DAP sentiasa bersama seolah-olah memaksa PKR untuk menerima Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Saya melihat bahawa rakyat juga selesa dengan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sehubungan itu, beliau perlu diberi peluang untuk memerintah sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang tanpa diganggu permainan politik yang terlalu banyak oleh PH,” tegasnya.

Muhtar berkata, PH juga tidak mempunyai bilangan sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi sekiranya ingin kembali berkuasa, sebaliknya hanya sekadar bermain propaganda.

“Kita berkeyakin­an jika PRU Ke-15 diadakan sekarang, PN akan menang dan akan diberi mandat besar oleh rakyat kerana rakyat sudah merasai ‘keperitan’ di bawah pentadbira­n PH,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia