Utusan Borneo (Sabah)

Ricky diberi masa 14 hari tarik balik kenyataan berbaur fitnah

-

MIRI: Masa 14 hari diberikan kepada Ricky Engan dari Long Terawan untuk menarik balik kenyataan berbaur fitnah beliau dalam kumpulan bual WhatsApp yang mendakwa dana projek untuk Tutoh disalahgun­akan oleh Yang Berhormat (YB), kaunselor (CR), Ketua Kaum (KK) dan lain-lain yang berkaitan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Kaum Kuala Tutoh Baram Benedict Wak berkata, Ricky mengeluark­an kenyataan terbabit dalam kumpulan WhatsApp ‘NICE MULU’ yang menyatakan ‘Duit GPS banyak, masuk dalam poket bank akaun YB, CR, KK dan orang kroni GPS’ pada 14 Jun lalu.

“Ricky membuat kenyataan memfitnah yang mencemarka­n imej YB, CR dan KK di Tutoh dan kami ingin dia menarik balik kenyataann­ya serta membuat permohonan maaf dalam masa 14 hari, jika tdak, kami akan membuat laporan polis terhadapny­a,” katanya kepada pemberita pada sidang media bersama Kaunselor Garry Hassim Wan di sini, semalam.

Pada majlis sama, keduaduany­a menyaksika­n ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Long Terawan menandatan­gani surat yang mendesak Ricky untuk menarik balik kenyataan terbabit.

Benedict berkata, beliau bersama Garry mewakili kesemua pemimpin di Tutoh untuk mencabar Ricky membuat laporan polis atas dakwaannya itu supaya membolehka­n polis menjalanka­n siasatan lanjut atas tuntutanny­a.

Ujarnya sekiranya Ricky gagal membuat laporan polis, maka mereka menganggap individu terbabit berbohong dengan niat untuk mengaibkan pemimpin masyarakat dan kerajaan GPS.

Katanya lagi, sekiranya Ricky serius dalam tuduhannya itu, beliau mencabar individu itu menamakan YB, CR, KK, dan Ketua Masyarakat (KM) yang dituduh melakukan kesalahan terbabit dan jangan hanya menyebarka­n fitnah tanpa bukti.

Sementara itu Garry berkata, Ricky tidak seharusnya mengeluark­an kenyataan fitnah terbabit yang bukan sahaja membuat masyarakat di sana terkejut dan marah atas niat jahatnya tetapi juga menjadikan­nya pembohong jika tidak mempunyai bukti.

 ??  ?? TEGAS: Benedict (tengah) menunjukka­n kenyataan bersama dengan Garry yang meminta Ricky menarik balik kenyataan berbaur fitnah dalam tempoh masa 14 hari.
TEGAS: Benedict (tengah) menunjukka­n kenyataan bersama dengan Garry yang meminta Ricky menarik balik kenyataan berbaur fitnah dalam tempoh masa 14 hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia