Utusan Borneo (Sabah)

Penganut Katolik di Miri akhirnya kembali hadiri sembahyang Misa Ahad

-

MIRI: Penganut Kristian Katolik di sini kembali menghadiri sembahyang Misa Ahad yang buat pertama kalinya diadakan di kawasan parkir Gereja Mater Dei Lutong dekat sini, pagi semalam.

Misa Ahad pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu bermula jam 7 pagi dipimpin Uskup Gereja Katolik Miri Bishop Richard Ng.

Kira-kira 100 kenderaan mengisi ruang parkir kereta dengan jarak satu petak parkir bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu penjarakan sosial.

Mereka yang menghadiri misa juga dikehendak­i berada di dalam kenderaan masingmasi­ng dan upacara menerima Roti Kudus dilakukan di kenderaan masing-masing.

Wardengere­jaturutmem­astikan penganut menggunaka­n pensanitas­i tangan sebelum menerima air kudus.

Sementarai­tuNgmelahi­rkan rasa bersyukur dan gembira dengan kehadiran penganut Katolik pada misa tersebut.

“Saya sangat gembira dengan kehadiran anda semua namun untuk misa seterusnya, anda mungkin perlu mendaftar kenderaan masingmasi­ng untuk mengelakka­n kesesakan di tempat parkir.

“Misa di tempat parkir kereta akan diteruskan selagi semua penganut mematuhi SOP,” katanya.

Beliau menambah, warga emas boleh menghadiri misa tersebut dengan syarat mereka kekal berada dalam kenderaan masing-masing manakala kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan.

Setakatini­misaditemp­atparkir kereta tidak perlu membuat tempahan namun berdasarka­n siapa yang dulu datang.

Kawasan parkir kenderaan Gereja Mater Dei mampu memuatkan lebih 100 kenderaan dengan penjarakan sosial yang baik.

 ??  ?? PATUHI SOP: Ng mengagihka­n roti kudus kepada penganut gereja Katolik yang menghadiri Misa Ahad di tempat parkir Gereja Mater Dei Lutong semalam.
PATUHI SOP: Ng mengagihka­n roti kudus kepada penganut gereja Katolik yang menghadiri Misa Ahad di tempat parkir Gereja Mater Dei Lutong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia