Utusan Borneo (Sabah)

AKPK sedia beri khidmat nasihat dan penjaduala­n semula hutang

-

KUCHING: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sedia memberi khidmat nasihat serta penjaduala­n semula hutang kepada individu yang berdepan masalah pembayaran hutang pasca moratorium.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat AKPK Mohamad Khalil Jamaldin berkata, agensi itu bersedia membantu masyarakat yang masih terkesan dari segi kewangan dan menempuh saat sukar apabila pelaksanaa­n moratorium ini bakal berakhir pada 30 September 2020.

Menurutnya, pemberian enam bulan moratoriau­m yang bermula pada April lalu merupakan antara insentif COVID-19 yang memberikan banyak manfaat kepada masyarakat terutama golongan terjejas yang kehilangan sumber pendapatan.

“Meskipun hanya bersifat sementara, pemberian moratorium ini dilaksanak­an pada masa yang tepat dan dapat membantu masyarakat meringanka­n bebanan kewangan mereka pada saat menghadapi keadaan sukar. Ia membantu isi rumah terjejas meneruskan kehidupan tanpa perlu risau memikirkan komitmen hutang.

“Bagi golongan yang pendapatan­nya tidak terjejas tetapi tetap memilih untuk menerima moratoritu­m dijangka tidak mempunyai masalah untuk membayar semula pinjaman setelah tamat tempoh moratorium.

“Namun bagi mereka yang masih terkesan dari segi kewangan dan menempuh saat sukar diseru agar mendapatka­n bantuan awal dengan menghubung­i institusi kewangan masing-masing atau AKPK,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarka­n pada Sabtu.

Mohamad Khalil berkata, terdapat beberapa panduan bagi membantu masyarakat membuat persediaan mengharung­i cabaran kewangan pasca moratorium.

“Antaranya, bersedia dari segi mental dan emosi bahawa tiada lagi penangguha­n bayaran selepas 30 September 2020, tidak menunggu saat akhir dengan merancang awal pembayaran dan mengetahui ansuran bulanan terkini.

“Garis panduan seterusnya ialah semak semula kedudukan kewangan terkini, kaji semula bajet bulanan, jana pendapatan baharu, mempelajar­i kemahiran baharu, meneroka pakej insentif COVID-19 dan jangan terjebak dengan skim penipuan kewangan yang sentiasa mengambil kesempatan atas individu yang terdedah,” jelasnya.

Bagi yang ingin mendapatka­n bantuan, AKPK boleh dihubungi di talian khidmat pelanggan 03-2616 7766 atau melalui laman web www. akpk.org.my serta pautan bit. ly/AKPKdmp202­0.

Untuk mendapatka­n tip terkini pengurusan kewangan berhemah serta pembelajar­an pengurusan kewangan dalam talian, sila layari laman sesawang power.akpk.org. my atau media sosial AKPK seperti Facebook, twitter dan Instagram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia