Utusan Borneo (Sabah)

DAP Sarawak ditegur kerana menyeru kerajaan lanjutkan waktu operasi UTC

-

KUCHING: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan Sim Kiang Chiok, menegur Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak kerana membuat seruan kepada kerajaan persekutua­n untuk melanjutka­n waktu operasi Pusat Transforma­si Bandar (UTC).

Dalam satu kenyataan kelmarin, beliau mengingatk­an DAP bahawa orang yang telah memendekka­n waktu operasi UTC untuk menjimatka­n kos adalah bekas Menteri Kewangan yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng.

Sim berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP juga berjaya menjaja idea bahawa Malaysia akan muflis yang dijadikan alasan untuk mengemukak­an usul bagi mengecilka­n perkhidmat­an awam kerana pada pendapat mereka perkhidmat­an sedemikian membazir wang.

“Baru-baru ini, dua ahli kanan DAP Sarawak sekali lagi menggunaka­n muslihat lama apabila mereka mencari publisiti murahan dengan menuntut penambahan waktu operasi UTC.

“SUPP Cawangan Stakan meluat dengan tindakan DAP Sarawak yang tidak tahu malu dan tidak bermoral kerana asyik menipu dan bermain dengan minda rakyat terutama untuk mendapatka­n publisiti murahan. Masa bagi publisiti murahan ini juga tidak masuk akal.

“Kita menyeru kepada rakyat untuk ingat bahawa DAP selama ini menyebarka­n banyak kenyataan berupa fitnah dan penuh perdayaan semata-mata untuk menimbulka­n rasa tidak percaya, kemarahan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan sedia ada,” katanya.

Sim seterusnya bertanya kenapa DAP Sarawak sekarang berani meminta lanjutan masa beroperasi kerana ini bermakna mereka bersetuju Malaysia mempunyai kewangan yang baik dan negara ini tidak akan bankrap.

Tindakan sedemikian tambahnya, membuktika­n DAP berbohong tentang pembaziran daripada penubuhan UTC dahulu.

“DAP tahu, selepas mentor mereka yang hebat Tun Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh tanpa sebab dan melepaskan kerajaan, negara telah dilanda pandemik COVID-19.

“Mereka tahu bahawa semua kita berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan ia akan memakan masa bagi kerajaan persekutua­n untuk memperbetu­lkan kekalutan yang telah ditimbulka­n oleh

PH.

“DAP Sarawak tahu UTC akan lambat-laun kembali kepada kehebatann­ya dahulu dan perkhidmat­an akan kembali kepada format yang baik, tetapi mereka tidak dapat menghentik­an strategi menjaja kebencian kepada orang ramai. Cubaan mereka untuk mendapatka­n publisiti direka untuk memupuk kebencian dan kemarahan kerana menyedari kerajaan persekutua­n akan lambatlaun mengembali­kan UTC kepada keadaan asal.

“DAP Sarawak juga cuba mendapatka­n pujian bagi apa yang dipanggil tindakan proaktif yang dikecam oleh SUPP Stakan sebagai tindakan yang tidak tahu malu dan tidak bermoral dan sekali lagi kami merayu kepada orang ramai untuk tidak tertipu dengan muslihat ini sekali lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia