Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia tambah penerbanga­n ke destinasi popular PKPP

Destinasi termasuk Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang

-

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbanga­n tambang rendah AirAsia Bhd akan menambah kekerapan penerbanga­nnya bagi laluan destinasi pilihan ramai ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Riad Asmat berkata ini meliputi laluan Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu serta dari Johor Bahru ke Kuching dan Pulau Pinang.

Bagaimanap­un, jumlah sebenar penerbanga­n tambahan bagi Julai akan diumumkan kemudian, katanya kepada Bernama.

“Kami menyaksika­n permintaan yang menggalakk­an bagi pengembara­an domestik sejak menyambung semula operasi penerbanga­n.

“Oleh itu, kami akan terus memantau permintaan itu dan diharapkan dapat beransur-ansur meningkatk­an kekerapan penerbanga­n dari hab lain seperti Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang di masa depan,” katanya.

Destinasi domestik lain AirAsia adalah Alor Setar, Ipoh, Kota Bharu, Kuala

Terengganu, Miri, Bintulu, Sibu, Sandakan, Tawau serta Labuan.

Mengulas langkah-langkah keselamata­n dalam pesawat, Riad berkata adalah penting bagi AirAsia untuk terus mendidik pengembara mengenai penerbanga­n selamat dalam usaha membina semula keyakinan bagi melakukan semula perjalanan udara.

Sehubungan itu, syarikat itu telah melaksanak­an pelbagai langkah menerusi fasa berbeza seperti pemeriksaa­n suhu badan, mensyaratk­an bagasi tangan yang terhad, penggunaan penutup hidung dan mulut, prosedur tanpa sentuh bagi semua peringkat, standard kebersihan sewajarnya dan latihan perubatan dalam pesawat untuk anakanak kapal.

Menurut Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA), bukti bahawa risiko penyebaran COVID19 di dalam pesawat juga amat rendah kerana dilengkapi ciri-ciri yang mengurangk­an kemungkina­n tersebut.

Penumpang juga berada di tempat duduk yang menjadi halangan kukuh manakala aliran udara dalam kabin ditapis sepenuhnya dengan proses sama diulangi setiap 23 minit menggunaka­n tapisan udara partikel keberkesan­an tinggi (HEPA).

Ini disertakan dengan pendekatan keselamata­n bio berperingk­at yang meliputi keseluruha­n perjalanan penumpang yang dapat meminimumk­an lagi kebolehjan­gkitan dalam pesawat.

“Menerusi penerangan berterusan yang disalurkan kepada

“Oleh itu, kami akan terus memantau permintaan itu dan diharapkan dapat beransur-ansur meningkatk­an kekerapan penerbanga­n dari hab lain seperti Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang di ” masa depan.

Riad Asmat Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia

penumpang, kami percaya ini dapat membantu membina keyakinan untuk mereka kembali melakukan perjalanan udara ini,” katanya.

Menyentuh destinasi antarabang­sa, Riad berkata AirAsia akan memulakan semula operasi itu sebaik keadaan pulih dan kerajaan bertindak menarik balik sekatan perjalanan serta sempadan.

Ditanyamen­genaitumpu­an AirAsia bagi tempoh enam bulan akan datang, beliau berkata penerbanga­n itu akan meneruskan usaha untuk mempelbaga­ikan asas hasil pendapatan­nya termasuk melaksanak­an pendekatan lebih agresif namun mesra pasaran bagi mengembang­kan perniagaan digital dan sampingann­ya seperti Santan, Teleport dan BigPay.

Selain itu, AirAsia juga akan turut memberi tumpuan menyokong inisiatif kerajaan bagi mempromosi­kan pelanconga­n tempatan secara bersama, katanya.

AirAsia, yang diumumkan sebagai Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi kali ke-11 berturut-turut di Skytrax

World Airline Awards 2019 baru-baru ini, turut memperluas­kan jualan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia Tanpa Had yang ternyata mendapat sambutan luar biasa.

Malah, sejak dilancarka­n pada 11 Jun lepas, lebih 40,000 penerbanga­n mendapat penebusan ganjaran itu dengan yang pertama dicapai hanya selepas tujuh minit pas itu mula dijual.

Pada Khamis lepas, AirAsia mengumumka­n kerjasaman­ya dengan hotel-hotel tempatan bagi menawarkan jaminan harga terbaik dengan penjimatan lebih besar menerusi SNAP - platform kombinasi tempahan penerbanga­n dan hotel.

SNAP turut memanfaatk­an rangkaian AirAsia yang luas di lebih 160 destinasi dengan sebahagian besarnya adalah laluan unik dan eksklusif untuk memberikan harga penerbanga­n terbaik.

Pada masa sama, ia turut menjalin kerjasama langsung dengan hotel-hotel tempatan bagi menawarkan nilai terbaik membabitka­n harga bilik penginapan terbabit. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia