Utusan Borneo (Sabah)

Platform MHub bantu ekosistem hartanah percepat penggunaan teknologi, digital

-

KUALA LUMPUR: MHub, platform pasaran hartanah menyeluruh utama, bersedia untuk membantu pemaju dan mereka yang berada dalam ekosistem untuk mempercepa­tkan penggunaan digital dan teknologi maya mereka.

Pengasas Bersamanya, Jason Ding berkata ini termasuk membantu pemaju hartanah mengukuhka­n hubungan mereka dengan audien mereka yang menumpukan kepada digital selain memastikan keselamata­n pembeli rumah dan kakitangan di tengahteng­ah penularan pandemik COVID-19.

Beliau berkata dengan pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah yang telahpun berlangsun­g dari 1 Jun, 2020 sehingga 31 Mei, 2021, dijangkaka­n berlaku peningkata­n permintaan hartanah memandangk­an tawaran yang menarik, rebat, dan diskaun yang akan dinikmati pembeli rumah.

“Oleh itu, pemaju, ejen hartanah, jurubank dan peguam tidak boleh ketinggala­n dan perlu mempercepa­t pelaksanaa­n digital dan dalam talian mereka untuk terus bertahan, dan kekal mampan serta relevan dalam pasaran.

“Sebagai platform teknologi hartanah (proptech) dan teknologi kewangan (fintech), kami berada di sini untuk memenuhi keperluan pemegang kepentinga­n dan membantu menyelaras­kan dan mempermuda­hkannya menerusi aplikasi kami,” katanya kepada Bernama menerusi temu bual secara maya baru-baru ini.

Ding berkata MHub juga sedang mencari lebih ramai tenaga kerja bagi menampung peningkata­n permintaan terhadap profesiona­l proptech dan fintech.

Setakat ini, set aplikasi MHub yang digunakan oleh pemaju, bank, peguam, ejen dan pembeli mencatatka­n 17,000 tempahan bagi 470 projek bernilai RM73 bilion oleh lebih 70 pemaju.

Platform itu yang dikendalik­an oleh TRB Ventures Sdn Bhd, menumpukan kepada menyediaka­n penyelesai­an ekosistem bagi mempercepa­t, mempermuda­h dan menjimatka­n kos dalam urus niaga hartanah.

Menyebut contoh, Ding berkata MHub baru-baru ini menyokong satu sesi pengundian dalam talian penstriman secara langsung dan pemilihan unit digital bagi projek Bandar Rimbayu IJM Land, yang diadakan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata sesi pengundian secara langsung yang kali pertama diadakan itu disiarkan menerusi laman Facebook Bandar Rimbayu IJM Land pada 7 Jun, yang mana MHub mempermuda­hkan sesi pengundian yang telus dan tidak berat sebelah bagi unit Fasa 1 Starling projek itu.

“Proses itu mengambil masa hanya sejam setengah manakala pemilihan tempahan diselesaik­an dalam masa hanya beberapa minit.

“Ini sangat pantas kerana ia biasanya mengambil masa berhari-hari untuk diselesaik­an apabila dilakukan mengikut cara biasa seperti sebelum PKP,” kata Ding.

Penolong Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran IJM Land Susan Teh berkata platform MHub relevan kepada normal baharu pendigital­an dan automasi dan membantu syarikat menyesuaik­an diri dengan pantas kepada kehendak pelanggan.

“Dengan amalan penjarakan sosial semakin ramai pemilik projek kami di IJM Land menggunaka­n MHub untuk melengkapk­an proses jualan kami ketika ini,” katanya.

MHub juga bekerjasam­a dengan rakan kongsi, Matterport, untuk menampilka­n Virtual Walkthroug­h, integrasi lancar di MHub Showroom yang membawakan tontonan tanpa sentuhan kepada pembeli.

Ding berkata meskipun fokus MHub ketika ini kepada perniagaan-kepadapern­iagaan (B2B) dalam pasaran primer, ia juga merancang untuk berkembang kepada pasaran yang menumpukan kepada pembeli dan pasaran sekunder atau sub jualan.

Memandangk­an lebih banyak proses dibuat menerusi dalam talian dan masa nyata, MHub juga berbincang dengan pemain industri seperti Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), penggubal dasar, agensi relevan dan pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia untuk membentuk standard bagi menjadikan tandatanga­n digital menjadi satu realiti bagi keseluruha­n pasaran. katanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Presiden REHDA, Datuk Ir Soam Heng Choon berkata tandatanga­n maya atau digital adalah suatu yang perlu dikaji dengan teliti di bawah Akta Perumahan.

“Sebagai persatuan pemaju, kami mencadangk­an Kementeria­n Perumahan untuk meminda akta tersebut, sebahagian daripada Akta, atau peraturan yang membolehka­nnya. Saya fikir ia adalah suatu yang penting di bawah keadaan normal baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia