Utusan Borneo (Sabah)

Industri gaharu berpotensi dikembangk­an di peringkat hiliran

-

JELI: Industri gaharu berpotensi dikembangk­an di peringkat hiliran kerana belum ramai usahawan yang terbabit dalam sektor ini terutamany­a dalam pembuatan minyak wangi, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata industri tersebut mempunyai potensi yang luas memandangk­an ia kurang diceburi di negara ini walaupun Asia Tenggara terkenal dengan penghasila­n minyak pati gaharu yang terkenal dalam pembuatan minyak wangi di Timur Tengah.

“Sehingga Disember 2019, sebanyak 217 syarikat dan individu telah berdaftar dengan Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) sebagai penanam karas (dalam menghasilk­an gaharu) berkeluasa­n 2,398 hektar dengan jumlah pokok sebanyak 2.3 juta.

“Jumlah pengekspor­t dan pengimport gaharu yang berdaftar dengan MTIB adalah sebanyak 13 syarikat dan sebanyak 22 syarikat serta individu adalah pengilang manakala lebih 50 syarikat pengusaha produk gaharu dikenal pasti di seluruh Malaysia,” kata Mohd Khairuddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam lawatan kerja sulungnya ke Kelantan ketika meninjau penghasila­n minyak pati gaharu di Syarikat Oud Agarwood Enterprise di Kampung Bukit Tok Ali, Kuala Balah di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah

Oud Agarwood Mohd Ruslan Osman.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata tahun lepas, jumlah eksport bagi industri berkenaan bernilai RM8.8 juta dan masih sederhana berbanding nilai berbilion ringgit di pasaran global memandangk­an ia merupakan antara ramuan popular dalam penghasila­n minyak wangi.

Justeru, katanya, beliau akan memohon sejumlah peruntukan dalam Rancangan Malaysia

Kedua Belas (RMK12) bagi membantu industri gaharu berkembang di peringkat perladanga­n dan hiliran.

“MTIB mempunyai satu unit khusus bagi melatih mana-mana pihak yang berminat dalam pemprosesa­n gaharu dan usahawan juga boleh dilatih untuk menghasilk­an minyak wangi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ruslan berkata keluargany­a memulakan perniagaan tersebut pada 2012 dan beliau merupakan generasi kedua yang menghasilk­an minyak pati gaharu untuk pasaran antarabang­sa.

“Lima tan kayu karas boleh menghasilk­an kira-kira tiga liter pati minyak gaharu dan harga purata 1 kilogram minyak pati gaharu antara RM20,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kualiti dan gred.

“Pada tahun lepas, syarikat ini menghasilk­an kira-kira 20 kilogram minyak pati gaharu selain turut menghasilk­an ‘bakhor’ dan colok wangian,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Mohd Khairuddin (kanan) mendengar penerangan daripada Timbalan Pengarah Syarikat Oud Agarwood Sdn. Bhd Ruslan Osman (kiri) mengenai salah satu daripada proses membuat minyak kayu gaharu ketika melawat Syarikat Oud Agarwood Sdn. Bhd di Kampung Bukit Tok Ali, Kuala Balah, Jeli semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Mohd Khairuddin (kanan) mendengar penerangan daripada Timbalan Pengarah Syarikat Oud Agarwood Sdn. Bhd Ruslan Osman (kiri) mengenai salah satu daripada proses membuat minyak kayu gaharu ketika melawat Syarikat Oud Agarwood Sdn. Bhd di Kampung Bukit Tok Ali, Kuala Balah, Jeli semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Mohd Khairuddin (kiri) mendengar penerangan daripada Timbalan Pengarah Syarikat Oud Agarwood Sdn. Bhd Ruslan Osman (kanan) mengenai kayu gaharu ketika melawat Syarikat Oud Agarwood Sdn. Bhd di Kampung Bukit Tok Ali, Kuala Balah, Jeli semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Mohd Khairuddin (kiri) mendengar penerangan daripada Timbalan Pengarah Syarikat Oud Agarwood Sdn. Bhd Ruslan Osman (kanan) mengenai kayu gaharu ketika melawat Syarikat Oud Agarwood Sdn. Bhd di Kampung Bukit Tok Ali, Kuala Balah, Jeli semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia