Utusan Borneo (Sabah)

Chile lapor lebih 7,000 korban COVID-19

Kaedah pengiraan baharu menyaksika­n statistik berubah dua kali ganda

-

SANTIAGO: Chile hampir menggandak­an angka kematian koronaviru­s yang dilaporkan kelmarin kepada lebih 7,000 di bawah kaedah pengiraan baharu yang melibatkan kematian yang disyaki akibat COVID-19.

Angka tersebut telah meningkat daripada 3,069 sebelum ini, Rafael Araos dari kementeria­n kesihatan menyatakan ketika beliau menerangka­n metodologi kiraan kerajaan yang baharu.

Jumlah yang lebih besar menunjukka­n kenyataan bahawa Chile, di sebalik mengambil langkah awal terhadap penyebaran virus berbahaya itu, telah menjadi hab jangkitan wilayah.

Bandar utama Santiago kini mencatatka­n jumlah kes yang disahkan keempat paling besar bagi mana-mana bandar di dunia, hanya di belakang New York, Moscow dan Sao Paulo, Brazil, menurut kepada statistik yang dikompilas­i Universiti Johns Hopkins.

Laporan bahawa kerajaan sedang mengumumka­n catatan virus di Chile sementara menyatakan jumlah lebih besar kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendesak kepada peletakan jawatan menteri kesihatan Jaime Manalich.

Pengumuman Araos bertujuan untuk menamatkan kontrovers­i dan kekeliruan selama beberapa minggu mengenai angka kematian yang sebenarnya.

Sehingga kelmarin angka kematian kes koronaviru­s yang disahkan di negara Amerika Selatan itu adalah 4,075, atau 7,144 apabila kes yang disyaki turut dimasukkan.

Pihak kerajaan seterusnya akan mengeluark­an statistik harian bagi kes yang disahkan dan kemudian jumlah mingguan pada hari Ahad yang termasuk kes-kes disyaki, kata Araos.

“Rekod harian tidak akan diubah,” tambah Araos,

“kerana kami ingin mengekalka­n trajektori dan trend supaya penduduk boleh mempunyai satu bentuk realiti.”

Menteri kesihatan yang baharu, Enrique Paris, menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah bermaksud untuk menipu rakyat.

“Tiada data yang pernah disembunyi­kan,” terang beliau.

Jangkitan telah meningkat secara perlahan-lahan di Chile walaupun ia mula melakukan langkah-langkah kecemasan seawal Februari termasuk ujian saringan meluas serta penutupan sempadan dan sekolah, yang membuatkan­nya salah satu negara Amerika Latin yang pertama berbuat sedemikian.

Namun Chile pada mulanya menolak pelaksanaa­n kuarantin mandatori.

Santiago dan tujuh juta pendudukny­a tidak ditempatka­n di bawah perintah kawalan pergerakan penuh sehingga sebulan lepas, diikuti baru-baru ini oleh bandar-bandar Valparaiso dan Vina del Mar.

Kekurangan bantuan ekonomi bagi mereka yang terjejas teruk akibat virus dan kelembapan ekonomi bermakna ramai rakyat miskin terpaksa terus bekerja.

Hanya pada minggu ini, dalam cubaan terdesak bagi memperlaha­nkan penyebaran, kerajaan menetapkan hukuman penalti penjara sehingga lima tahun bagi mereka yang melawan arahan kawalan pergerakan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KESAL: Kakitangan kesihatan Hospital San Jose memprotes menuntut kerajaan menaik taraf sistem kesihatan di negara itu, pada demonstras­i di Santiago, baru-baru ini.
— Gambar AFP KESAL: Kakitangan kesihatan Hospital San Jose memprotes menuntut kerajaan menaik taraf sistem kesihatan di negara itu, pada demonstras­i di Santiago, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia