Utusan Borneo (Sabah)

Amuk bersenjata di taman awam di selatan England

-

READING: Pihak polis British menyatakan kelmarin beberapa orang tercedera di sebuah taman awam yang dibanjiri pengunjung di bandar Reading di selatan England, dalam apa yang dikatakan saksi sebagai satu serangan melibatkan beberapa tikaman.

Sumber memberitah­u Sky News dan Press Associatio­n di Britain bahawa kenyataan awal mencadangk­an insiden itu ada kaitan dengan keganasan.

Perdana Menteri Boris Johnson segera mengecam insiden dahsyat di taman Forbury Gardens di tengah bandar bersejarah dengan kira-kira 220,000 penduduk itu.

“Beberapa orang mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital bagi mendapatka­n rawatan,” Polis Thames Valley menyatakan dalam satu kenyataan.

Pihak polis dilaporkan telah menangkap seorang lelaki di tempat kejadian dan menggesa orang ramai agar menjauhi taman tersebut.

Press Associatio­n menyatakan lelaki yang ditangkap adalah rakyat Libya.

Satu bantahan Black Lives Matter dilakukan di taman tersebut sebelum itu namun pihak polis menyatakan tiada kenyataan bahawa dua insiden itu mempunyai kaitan.

“Dalam bentuk bantahan dan orang yang menghadiri protes Black Lives Matter, kami semua selamat,” penganjur acara BLM Reading Nieema Hassan menyatakan dalam Facebook.

“Tiada seorang pun daripada kami yang terjejas.

“Kami semua telah pergi dari situ ketika kejadian ini berlaku,” tambahnya lanjut.

Beberapa saksi melaporkan telah melihat dua ambulans udara dan beberapa kereta polis bergegas ke taman tersebut pada petang kelmarin.

Seorang saksi menyatakan seorang penyerang berjalan melalui taman itu yang penuh dengan orang ramai yang sedang beristireh­at di atas rumput dan menikam mereka secara rambang.

“Taman agak penuh dan ramai orang duduk minum bersama rakan-rakan.

“Seorang lelaki berjalan melepasi mereka, tiba-tiba menjerit kata-kata yang tidak difahami dan pergi ke arah sekumpulan sepuluh orang dan cuba menikam mereka,” seorang saksi Lawrence Wort memberitah­u Press Associatio­n.

Wort menyatakan beliau melihat tiga orang telah ditikam di bahagian leher dan bawah lengan mereka.

Penyerang kemudian menuju ke arah satu kumpulan lagi dan memegang seseorang di belakang lehernya, jelas Wort.

“Kemudian ketika dia menyedari semua orang telah mula melarikan diri, dia berlari keluar dari taman tersebut,” menurut saksi.

Pihak berkuasa menyatakan dua orang telah menerima rawatan di bahagian kecemasan di Hospital Berkshire di Reading.

“Satu insiden yang sangat menakutkan, dahsyat,” menteri perkhidmat­an polis Kit Malthouse menyatakan dalam Twitter.

Pemimpin parti pembangkan­g utama Buruh Sir Keir Starmer menyatakan insiden itu sebagai sangat membimbang­kan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia