Utusan Borneo (Sabah)

38 anak anjing ditemui mati di dalam pesawat

-

MONTREAL: Kanada telah melancarka­n satu siasatan selepas kira-kira 500 ekor anak anjing, 38 daripadany­a mati, ditemui dalam sebuah pesawat Ukraine Internatio­nal Airlines di lapangan terbang Toronto, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Anjing ‘bulldog’ Perancis yang masih hidup, baka popular di Kanada, mengalami simptom termasuk dehidrasi, lemah dan muntah ketika ditemui di dalam pesawat dari Ukraine yang mendarat di Lapangan Terbang Toronto Pearson pada 13 Jun, menurut Agensi Pemeriksaa­n Makanan Kanada dalam satu kenyataan.

Pihak agensi akan menentukan langkah seterusnya sebaik sahaja siasatan itu lengkap, menurutnya.

Seorang pengurus anjing yang mengambil haiwan lain dari kawasan kargo lapangan terbang di mana anak anjing itu ditemui kelmarin memberitah­u CBC mengenai tempat kejadian yang mengerikan, sambil menambah: “Ia adalah satu mimpi ngeri.”

UIA menyatakan dalam Facebook bahawa ia telah bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan.

Penjualan anak anjing adalah perniagaan yang lumayan di Kanada, Scott Weese dari Universiti Guelph memberitah­u CBC.

Kebanyakan pembeli percaya haiwan itu diternak di Kanada, namun realitinya mereka tidak tahu jumlah, asal dan tempat penghantar­an anjing tersebut, kata beliau, sambil menambah bahawa terdapat beberapa komponen jenayah terancang yang berpotensi.

“Anda menyebut tentang 500 ekor anjing bulldog Perancis.

“Sekiranya ia untuk dijual dengan harga AS$3,000 hingga AS$4,000 seekor, itu merupakan sejumlah wang yang sangat besar,” beliau memberitah­u badan penyiaran tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia