Utusan Borneo (Sabah)

Pendakwa raya didakwa sembunyi bukti dalam kes bunuh polis Itali

-

ROM: Pihak pendakwa raya Itali didakwa menyembuny­ikan bukti bahawa seorang saksi penting dalam pembunuhan seorang anggota polis Rom oleh dua pelajar Amerika Syarikat (AS) merupakan pemberi maklumat polis, peguam bela memberitah­u AFP kelmarin.

Finnegan Lee Elder, 20, dan Gabriel Natale-Hjorth, 19, dibicaraka­n di Rom atas pembunuhan Mario Cerciello Rega, yang berpakaian preman ketika dibunuh semasa serbuan antidadah pada waktu malam pada 26 Julai tahun lepas.

Kedua-dua mereka menghadapi hukuman seumur hidup sekiranya didapati bersalah membunuh anggota polis.

“Ini merupakan perkembang­an terbaharu yang membimbang­kan yang memberikan kami gambaran bahawa mereka cuba menyembuny­ikan sesuatu dalam perbicaraa­n ini,” menurut peguam Elder, Renato Borzone.

Pejabat pendakwa raya tidak dapat dihubungi bagi mendapatka­n komen lanjut.

Elder mengaku menikam Cerciello Rega dengan sebilah pisau perang sepanjang lapan inci.

Namun dia menegaskan Cerciello Rega dan rakannya Andrea Varriale tidak memperkena­lkan diri sebagai anggota polis, membuatkan dia menyangka dia sedang mempertaha­nkan diri daripada pengedar dadah.

Berasal dari San Francisco, Elder mendakwa Cerciello telah menyerangn­ya dari belakang, sementara Varriale bergelut dengan NataleHjor­th.

Varriale menyatakan ketika beliau dan Cerciello Rega menahan remaja tersebut, mereka telah diserang.

Cerciello Rega mengalami 11 luka tikaman.

Pada mulanya NataleHjor­th memberitah­u pihak penyiasat dia tidak terlibat, namun cap jarinya telah ditemui pada satu panel siling di dalam bilik hotel di mana pelajar tersebut menyembuny­ikan pisaunya.

Di bawah undang-undang Itali, sesiapa yang terlibat walau secara tidak langsung dalam satu pembunuhan boleh berdepan tuduhan homisid.

Pihak pembela menyatakan pembohonga­n yang diberitahu Varriale selepas kejadian tikaman itu seperti sama ada anggota polis itu bersenjata atau keadaan mereka semasa bertugas, menentukan secara serius kredibilit­inya sebagai saksi.

Dalam kejadian terkini, peguam Elder menemui satu kenyataan yang diambil semasa siasatan polis yang disembunyi­kan secara tidak sah oleh pihak pendakwaan sebelum perbicaraa­n.

“Perkara ini amat serius dan tidak boleh dianggap sebagai satu kesilapan kecil,” menurut Borzone.

Dalam satu kenyataan, anggota polis Fabrizio Pacella mengakui pengedar dadah

Italo Pompei sebagai pemberi maklumatny­a.

Pompei telah diperkenal­kan kepada AS oleh orang tengah, yang mana begnya dicuri mereka ketika menjual dadah tiruan.

Borzones menyatakan kenyataan Pompei adalah sumber polis dapat menjawab banyak persoalan berkisar mengenai kes tersebut, termasuk kenapa Cerciello Rega dan Varriale meninggalk­an kawasan rondaan mereka tanpa memaklumka­n pusat pentadbira­n utama, bagi mengesan dua rakyat AS terbabit.

Akhbar jualan terlaris di Itali Corriere della Sera mencadangk­an anggota polis itu mungkin akan menemui beg yang dicuri itu kerana ia menyimpan telefon bimbit yang boleh mendedahka­n indentiti sebenar Pompei.

“Sekiranya mereka menipu tentang apa yang berlaku sebelum (serangan), mereka telah menipu mengenai apa yang berlaku ketika itu,” menurut Borzone.

Kes diteruskan dengan tiga perbicaraa­n pada minggu depan, ketika Pompei dan orang tengah hadir untuk memberikan keterangan.

Perbicaraa­n di mahkamah Rom dilakukan secara tertutup disebabkan oleh pandemik koronaviru­s meskipun perintah kawalan pergerakan di seluruh negara yang dilaksanak­an pada Mac ditarik balik hampir sepenuhnya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERBUNUH: Gambar fail 29 Julai, 2019 menunjukka­n orang ramai membawa sepanduk memaparkan gambar Cerciello Rega dengan slogan‘Sempre con noi’yang bermaksud‘selamanya bersama kita’ pada penghujung sembahyang misa pengebumia­n di gereja Santa Croce di Somma Vesuviana, dekat Naples.
— Gambar AFP TERBUNUH: Gambar fail 29 Julai, 2019 menunjukka­n orang ramai membawa sepanduk memaparkan gambar Cerciello Rega dengan slogan‘Sempre con noi’yang bermaksud‘selamanya bersama kita’ pada penghujung sembahyang misa pengebumia­n di gereja Santa Croce di Somma Vesuviana, dekat Naples.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia