Utusan Borneo (Sabah)

Catherine Deneuve akan kembali ke set penggambar­an

-

IKON filem Perancis Catherine Deneuve akan kembali bekerja pada bulan depan selepas mengalami serangan angin ahmar ringan ketika di set pada tahun lepas, seorang jurucakap bagi aktres tersebut memberitah­u AFP.

Pelakon berusia 76 tahun itu secara ironiknya berada dalam satu babak penggambar­an di hospital bagi filem ‘De son vivant’ (‘In His Lifetime’) pada November lepas ketika beliau jatuh sakit.

Jurucakap beliau menyatakan Deneuve, yang menjadi bintang skrin paling besar di Perancis sejak tahun 1960, telah “pulih sepenuhnya” dari satu serangan angin ahmar ‘ischemic’ yang “sangat terhad”.

“Beliau sangat bernasib baik kerana beliau menerima rawatan dengan cepat ketika mereka melakukan rakaman di sebuah hospital,” tambah beliau.

Sejak itu bintang bagi ‘The Umbrellas of Cherbourg’, ‘Belle de Jour’ dan ‘Indochine’ – di mana beliau telah dicalonkan untuk Oscar – telah “memberikan reaksi baik terhadap rawatan dan mendapatka­n sedikit rehat”.

Penggambar­an akan dimulakan semula bagi filem yang diarahkan oleh Emmanuelle Bercot, yang telah ditangguhk­an akibat penyakit Deneuve, pada 6 Julai.

Filem tersebut turut dibintangi oleh Benoit Magimel sebagai seorang lelaki yang menderita penyakit kanser, dengan Deneuve memegang watak sebagai ibunya.

Sejak penggambar­an dihentikan beberapa buah filem Perancis lain telah mengalami nasib yang sama disebabkan oleh koronaviru­s.

Deneuve telah kali terakhir dilihat dalam filem terbaharu arahan pengarah Jepun Hirokazu Kore-eda, ‘The Truth’, di samping Juliette Binoche.

— AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia