Utusan Borneo (Sabah)

Tambahkan aset maritim: NTF

Mengekang kegiatan menyeludup pendatang tanpa izin, jenayah

-

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) merancang untuk menambah aset-aset baharu terutamany­a aset maritim bagi mengekang jenayah penyeludup­an pendatang tanpa izin dan jenayah rentas sempadan.

Komander NTF Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah berkata kini pihaknya menggunaka­n aset sedia diguna pakai bagi Operasi Benteng (Ops Benteng).

Beliau berkata memandangk­an Ops Benteng merupakan operasi bersepadu, atur gerak aset diselarask­an bagi mencapai misi yang dihasratka­n.

“Bagaimanap­un, NTF kini dalam perancanga­n untuk menambah aset-aset baharu terutamany­a bagi aset maritim dan antara penambahan yang dicadangka­n adalah bot-bot pemintas.

“Untuk Ops Benteng ini, aset maritim memang tidak mencukupi dan kami masih perlukan bot-bot pemintas untuk memintas pendatang tanpa izin di perairan negara ini,” katanya kepada Bernama dalam wawancara khas di ibu pejabat NTF, di sini.

Aris berkata NTF juga dalam perancanga­n untuk menambah aset udara seperti penggunaan dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV).

Beliau berkata aset-aset berkenaan amat berguna untuk pemantauan secara langsung dan dapat menyalurka­n maklumat dengan cepat serta tepat.

“Insya-Allah kerajaan sedang memberikan peruntukan khas untuk NTF dan sedang memperoleh­i asetaset yang kami mohon.

“Selain itu, NTF akan cuba sedaya upaya menutup segala kelemahan aset supaya operasi bersepadu ini, semua aset kita boleh berkongsi dengan agensi penguat kuasa lain,” katanya.

Aris berkata bagi keperluan darat, NTF juga merancang

“Bagaimanap­un, NTF kini dalam perancanga­n untuk menambah asetaset baharu terutamany­a bagi aset maritim dan antara penambahan yang pemintas.” dicadangka­n adalah bot-bot

Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah Komander NTF

untuk membuat beberapa perolehan bagi menampung aset-aset yang sedia ada.

“Antaranya aset mobiliti bagi menambah baik operasi perisikan di daratan,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai Ops Benteng, beliau berkata NTF menyelaras dan mengoptimu­mkan sumber manusia, aset dan atur gerak semua agensi penguatkua­saan agar mencapai objektif disasarkan.

Aris berkata penyelaras­an itu dilihat efektif terutamany­a aspek perkongsia­n maklumat perisikan, koordinasi kawasan rondaan dan pengurusan penahanan pendatang tanpa izin kerana disepaduka­n secara berpusat.

Ops Benteng COVID-19 yang dilancarka­n 12 Mei lepas melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan semua agensi penguatkua­saan daratan dan maritim negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia