Utusan Borneo (Sabah)

PGA7 rampas daging sejuk beku untuk diseludup keluar bernilai lebih RM80,000

-

KOTA BHARU: Dua lelaki yang disyaki cuba menyeludup keluar puluhan kotak berisi daging sejuk beku bernilai lebih RM80,000 ke negara jiran melalui laluan tidak sah berjaya ditahan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) dalam serbuan di pangkalan haram Ajis dekat Nibong, Pasir Mas, kelmarin.

Difahamkan, ketika serbuan dua lelaki penduduk tempatan itu bersama beberapa lagi individu dipercayai rakyat negara jiran, sedang memunggah kotak dari dalam lori, ke dalam sebuah bot enjin galah berdekatan pangkalan haram di tebing Sungai Golok.

Pegawai Pemerintah PGA7, Supt Azhari Nusi berkata dalam kejadian 3.30 petang itu sepasukan anggota yang membuat rondaan bermotosik­al di sekitar kawasan Jalan Kasban antara Pos Pisau Raut ke Pos Nibong telah melihat sebuah lori berwarna putih, yang mencurigak­an di satu pangkalan haram.

“Hasil pemerhatia­n didapati beberapa lelaki sedang memunggah barang dari lori ke dalam sebuah bot enjin galah yang berada di tebing Sungai Golok sebelah Malaysia,” katanya.

Azhari berkata menyedari kehadiran pihak polis, beberapa lelaki di dalam bot enjin galah bertindak melarikan diri ke negara jiran bersama barangan yang sudah dimuat ke dalam bot berkenaan.

“Bagaimanap­un pemandu dan kelindan lori yang berada berhampira­n tidak sempat melarikan diri dan berjaya ditangkap,” katanya.

Azhari berkata siasatan awal mendapati kesemua barangan itu adalah untuk diseludup ke negara jiran bagi pasaran di sana.

“Hasil siasatan juga mendapati mereka telah membuat pemerhatia­n terhadap gerak geri pasukan keselamata­n sebelum melakukan aktiviti ini tetapi kegiatan mereka berjaya dihidu oleh pasukan keselamata­n yang sentiasa membuat rondaan dan kawalan ketat di sempadan negara,” katanya.

Kesemua barang dan kenderaan dirampas diserahkan kepadaJaba­tanPerkhid­matan Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (Maqis) Kelantan untuk tindakan dan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 11(2), Akta Maqis 2011 kerana disyaki tidak mempunyai permit dan perakuan yang sah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia