Utusan Borneo (Sabah)

KETENGAH peruntuk lebih RM150,000 bantu pengusaha pelanconga­n Tasik Kenyir

-

HULU TERENGGANU: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntu­kkan RM152,700 untuk membantu pengusaha pelanconga­n di Tasik Kenyir yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19.

Pengerusin­ya, Datuk Razali Idris berkata sumbangan tersebut diberikan kepada 86 pengusaha rumah bot serta bot laju dan pengusaha kedai di pusat pelanconga­n tersebut.

“Kami menyedari penutupan semua sektor ekonomi sejak 18 Mac memberi impak besar kepada pendapatan rakyat. Oleh itu, sumbangan ini merupakan inisiatif membantu sektor pelanconga­n di Tasik Kenyir supaya terus berdaya saing,” katanya pada majlis penyampaia­n sumbangan berkenaan di sini, semalam.

Sebanyak 33 pengusaha bot menerima sumbangan RM500 seorang sementara 20 pengusaha bot laju dan lapan pengusaha kedai masing-masing menerima RM400 seorang.

Selain itu, 25 pengusaha rumah bot yang mengalami kerosakan diberi sumbangan RM5,000 seorang.

Dalam pada itu, Razali berkata selepas dibuka semula pada 12 Jun lepas ekoran pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Tasik Kenyir mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelancong.

“Sekarang pelancong akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus bagi semua pakej di Tasik Kenyir. Contohnya, pakej rumah bot untuk dua hari satu malam hanya RM1,800 berbanding sebelum ini yang berharga RM2,000,” katanya.

Razali turut menyeru pihak Persatuan Pelanconga­n Tasik Kenyir supaya mengadakan bengkel bagi membantu ahlinya merancakka­n kembali perniagaan masing-masing.

“Berbaki lagi beberapa bulan tahun 2020 ini, kita kena fikirkan apa produk dari Tasik Kenyir ini yang boleh diketengah­kan bagi melonjak kedatangan pelancong,” tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU: Razali (tiga kiri) beramah mesra dengan pengusaha rumah bot Tasik Kenyir, Manan Yunus (tiga kanan) pada majlis penyampaia­n sumbangan kepada pengusaha pelanconga­n Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir semalam.
— Gambar Bernama BANTU: Razali (tiga kiri) beramah mesra dengan pengusaha rumah bot Tasik Kenyir, Manan Yunus (tiga kanan) pada majlis penyampaia­n sumbangan kepada pengusaha pelanconga­n Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia