Utusan Borneo (Sabah)

MBSP guna lalat hasilkan bahan kompos daripada sisa organik

-

KEPALA BATAS: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melancarka­n pengumpula­n sisa organik untuk tujuan pengkompos­an dengan menggunaka­n lalat yang dikenali sebagai ‘Black Soldier Fly’.

Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata projek itu merupakan hasil usaha sama antara MBSP, Syarikat Al-Ansar Integrated Sdn Bhd dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Katanya, kaedah itu diguna pakai bagi mengaktifk­an program ekonomi sekular dengan mengurangk­an penghasila­n karbon, penggunaan tenaga dan bahan kimia dalam menguruska­n sisa organik di daerah itu.

“Di pasar-pasar lain, kita menggunaka­n jentera untuk memproses sisa organik menjadi bahan kompos dalam 48 jam namun ia masih akan menghasilk­an karbon. Kita sudah menggunaka­n kaedah mekanikal, konvension­al dan kini menggunaka­n kaedah natural dalam menghasilk­an kompos.

“Larva Black Soldier Fly memainkan peranan sebagai pengurai sisa organik kepada kompos yang kaya dengan mineral, mikronutri­en dan mikrob yang berfaedah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pengumpula­n Sisa Organik Pasar Awam Kepala Batas di sini.

Beliau berkata sebagai permulaan, sebanyak empat tong pengumpula­n sisa organik akan ditempatka­n di Pasar Awam Kepala Batas bagi memudahkan peniaga membuang sisa-sisa sayuran sebelum dipungut oleh kakitangan Syarikat Al-Ansar Integrated Sdn Bhd untuk dibawa ke tapak pemprosesa­n yang terletak di Tasek Gelugor berkeluasa­n 0.4 hektar.

Rozali berkata usaha itu bakal membantu MBSP mencapai sasaran untuk menjadikan Seberang Perai sebuah bandar raya rendah karbon menjelang 2022, bandar sifar karbon pada tahun 2030, dan bandar neutral karbon menjelang tahun 2050.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Syarikat Al-Ansar Integrated Sdn Bhd Ansaruddin Othman berkata spesies lalat yang digunakan dalam usaha itu adalah bebas daripada pembawa virus e-coli, salmonela dan antifungus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia