Utusan Borneo (Sabah)

Kesihatan mental kanak-kanak tidak sepatutnya diabaikan

Intervensi awal boleh meningkatk­an kesejahter­aan kanak-kanak

-

KUALA LUMPUR: Isu kesihatan mental kanakkanak perlu diakui dan ditangani dengan betul kerana mereka juga mampu mengalami masalah yang sama seperti orang dewasa Penaung Befriender­s Kuala Lumpur Tan Sri Lee Lam Thye berkata meskipun terdapat perbincang­an intensif mengenai kesihatan mental sejak beberapa tahun lepas, kebanyakan­nya memfokus kepada kesejahter­aan mental orang dewasa.

“Ini sesuatu yang baik memandangk­an betapa tabunya subjek penyakit mental... tetapi inilah masanya untuk kita mengakui kepentinga­n kesihatan mental bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa.

“Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, sejumlah 424,000 kanak-kanak didapati bergelut dengan isu kesihatan mental… Ini adalah sesuatu yang membimbang­kan kita semua dan isu ini perlu ditangani dengan betul kerana kanakkanak adalah masa depan dan harapan kita,” menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata kemampuan untuk menyedari bahawa seorang kanak-kanak memerlukan bantuan adalah penting kerana intervensi awal boleh meningkatk­an kesejahter­aan mereka, dan dengan penjag

“Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, sejumlah 424,000 kanak-kanak didapati bergelut dengan isu kesihatan mental… Ini adalah sesuatu yang membimbang­kan kita semua dan isu ini perlu ditangani dengan betul kerana kanak-kanak adalah masa ” depan dan harapan kita.

Tan Sri Lee Lam Thye Penaung Befriender­s Kuala Lumpur

aan serta rawatan yang betul, kebanyakan isu kesihatan mental boleh dirawat.

Lee berkata ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahter­aan mental anak-anak mereka, termasuk menyediaka­n persekitar­an di rumah yang penuh dengan kasihsayan­g dan penjagaan selain menggalakk­an perbualan sihat dengan mendengar secara aktif serta membenarka­n mereka bercakap tanpa bersikap menghakimi dan kritikal.

“Mereka akan bersikap lebih terbuka untuk bercakap mengenai masalah mereka, termasuk perasaan yang sukar dan tidak selesa, serta meminta bantuan sekiranya mereka berdepan kesulitan pada masa akan datang.

“Jika anda bimbang dengan kesihatan mental anak anda, mintalah bantuan... bercakap dengan orang yang profesiona­l seperti psikiatri atau kaunselor,” katanya sambil menambah Befriender­s KL menawarkan sokongan emosi kepada sesiapa yang berasa tertekan atau ingin bunuh diri, dengan menghubung­i talian bantuan 24 jam mereka di 03-7627 2929.

Lee berkata persekitar­an sihat di sekolah juga amat penting kerana kanak-kanak menghabisk­an banyak masa di sekolah setiap hari dan mereka perlu dilengkapi kemahiran bagaimana menangani tekanan secara berkesan, menyelesai­kan masalah dan membina ketahanan diri.

Beliau berkata dengan menggabung­kan kesemua elemen ini dalam silibus sekolah boleh membantu meningkatk­an kesihatan mental kanak-kanak manakala tenaga pengajar boleh membantu menjadikan sekolah sebuah tempat yang lebih selamat dengan mengawasi sebarang insiden buli kerana ia boleh menjejaska­n kesihatan mental kanak-kanak dengan teruk dan boleh membawa kepada insiden bunuh diri.

“Kanak-kanak mengalami banyak perubahan dalam hidup mereka seperti pergi ke sekolah baharu, berjumpa rakan baharu dan semua ini boleh menyebabka­n mereka berasa tertekan atau cemas… apatah lagi pada waktu ini apabila mereka perlu diajar mengenai normal baharu di sekolah,” katanya.

Beliau berkata belajar mengenai gejala dan tandatanda awal tekanan mental adalah sebahagian daripada usaha pencegahan, yang menyaksika­n sesetengah tanda amaran yang biasa ialah kesedihan atau kebimbanga­n yang berterusan, sering marah-marah, bertindak agresif, hilang minat terhadap perkara yang sebelum ini disukai, perubahan dalam prestasi akademik, mengelak atau ponteng sekolah, mengasingk­an diri daripada keluarga dan rakan, perubahan dalam tabiat makan dan tidur, mencederak­an diri sendiri atau bercakap mengenai kematian atau bunuh diri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia