Utusan Borneo (Sabah)

Calon PRK Chini kempen dalam normal baharu

-

PEKAN: Memasuki hari kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, kesemua calon dilihat memulakan hari mereka dalam suasana negara masih berdepan ancaman COVID-19, yang menyaksika­n kempen kali ini tidak sama seperti PRK atau pilihan raya lain.

Jika dahulu bentuk kempen adalah berjumpa pengundi dan bersalaman selain beramah mesra namun normal baharu perlu diterapkan pada PRK kali ini berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang merupakan antara usaha mencegah COVID-19.

Pengenalan prosedur operasi standard (SOP) khas bagi urusan pelaksanaa­n PRK Chini oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyebabka­n ketiga-tiga calon terpaksa berkempen menggunaka­n pendekatan lebih sederhana bagi menyantuni para pengundi.

Mengakui pendekatan PRK kali ini sedikit berbeza, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, berkata pihaknya terpaksa mengubah dan menambah baik jadual kempen agar selari dengan kehendak SOP SPR dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“Walaupun Chini adalah zon hijau COVID-19, kita tetap akur mematuhi SOP dengan membuat kawalan mengambil suhu badan, menyediaka­n cecair pembasmi kuman serta menyediaka­n pelitup muka,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas melakukan jelajah mesra di sekitar Bandar Dara Chini dengan ditemani dua penyokongn­ya.

Sementara itu, calon BEBAS Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, berkata beliau sedikit kekok dengan pelaksanaa­n SOP berkempen yang ditetapkan SPR namun semakin dapat membiasaka­n diri.

Dalam sesi jelajah mesra calon yang menggunaka­n simbol rumah itu, beliau dilihat begitu menjaga penjarakan sosiaal dan mematuhi syarat tiga wakil semasa lawatan dari rumah ke rumah ketika bertemu masyarakat di DUN itu.

Sabtu lepas, SPR memutuskan beberapa pindaan terhadap SOP khas untuk PRK DUN Chini, antaranya memberi kelonggara­n kepada calon dan parti untuk berkempen secara berceramah dengan kapasiti tidak melebihi 250 orang pada satusatu masa dan tempat serta terhad di premis tertutup sahaja mengikut kesesuaian lokasi, selain memastikan pematuhan peraturan sedia dan SOP yang ditetapkan.

Seorang lagi calon BEBAS iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, pula tiada masalah untuk mematuhi SOP bagi PRK itu kerana sebagai seorang penulis blog, beliau sudah sekian lama menggunaka­n platform dalam talian.

Calon yang menggunaka­n simbol kunci itu berkata beliau akan turut memanfaatk­an siaran radio dalam talian menerusi laman sosial Facebook menggunaka­n nama CMKFM bagi menyampaik­an maklumat kempennya dalam PRK itu.

“Saya rasa tak ada masalah untuk patuhi SOP ini. Mungkin normal baharu ini menyebabka­n orang lain alami kesukaran, tapi saya sudah biasa guna platform online,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SANTAI: Mohd Shukri menunggang motosikal bagi menghadiri sidang media pelancaran manifesto ‘Bebas Pro Rakyat’ di Felda Chini 2 semalam.
— Gambar Bernama SANTAI: Mohd Shukri menunggang motosikal bagi menghadiri sidang media pelancaran manifesto ‘Bebas Pro Rakyat’ di Felda Chini 2 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia