Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Seri Kenangan Kuching siap Disember 2020

Kos projek yang dikategori­kan sebagai projek sakit ini meningkat kepada RM24.2 juta: Fatimah

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Projek bina semula Rumah Seri Kenangan (RSK) Kuching yang dikategori­kan sebagai projek sakit bakal siap menjelang Disember tahun ini dengan pertambaha­n kos sebanyak RM4.2 juta, menjadikan jumlah kos keseluruha­n pembinaan meningkat kepada RM24.2 juta.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata bina baharu RSK Kuching telah bermula pada 2012 dan sepatutnya siap pada 2015.

“Tahun 2015 sepatutnya siap dan warga emas sudah sekitar tujuh tahun tertunggu-tunggu, ada yang saya tahu kawan Molly (salah seorang penghuni RSK Kuching) sepatutnya berkahwin dengannya telah pun meninggal dunia.

“Projek tertangguh ini terpaksa kita buka tender yang baharu dan dijangka siap

“Projek tertangguh ini terpaksa kita buka tender yang baharu dan dijangka ” siap menjelang Disember 2020. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

menjelang Disember 2020.

“Semasa pembukaan tender, biasanya kontraktor yang menetapkan harga terendah akan diambil seperti dalam kes ini… bermasalah pula. Jumlah terdahulu projek berkenaan bernula RM24.2 juta,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke pusat RSK sementara di Jalan Muara Tuang semalam.

Beliau juga berharap agar sebuah lagi projek bermasalah iaitu RSK Sibu juga akan siap mengikut jadual.

Tambahnya, pertambaha­n kos pembinaan itu berpunca daripada daripada pembaikan struktur yang telah rosak projek terbengkal­ai berkenaan.

Baru-baru ini, kementeria­nnya yang diketuai Menteri Muda Kebajikan, Kesejahter­aan

Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Francis Harden Hollis telah mengadakan lawatan khas ke tapak projek RSK Kuching.

Pihaknya dengan agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mencapai komitmen bersama terhadap kontraktor yang baharu untuk siap sebulan lebih awal daripada yang dijadualka­n.

Rumah Seri Kenangan yang baharu setelah siap berupaya menempatka­n 120 penghuni, ala kediaman dan bukan sebagai pusat penjagaan warga emas.

Reka bentuk RSK Kuching yang masih dalam pembinaan itu kata Fatimah, akan berjaya memperbaik­i beberapa komponen bagi aspek operasi, pengurusan dan pembahagia­n urus tadbir.

“Ini termasuk pembinaan kafeteria, kantin, bilik terapi (fisio, muzik, berkebun) kerana paling penting kesihatan fizikal dan sosial emosi juga penting kerana penghuni semakin tua dan berasa kemurungan.

“RSK yang baharu lebih moden, lebih baik dan sebuah shangri-la dan kita bertanggun­gjawab memberi keceriaan kepada kumpulan pertama seperti sebuah kediaman bukan sebuah pusat penjagaan,” katanya.

 ??  ?? TERIMALAH: Fatimah (tengah) menghulurk­an sumbangan kepada salah seorang penghuni RSK Kuching semalam.
TERIMALAH: Fatimah (tengah) menghulurk­an sumbangan kepada salah seorang penghuni RSK Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia