Utusan Borneo (Sabah)

Penghuni pusat jagaan warga emas perlu akaun persendiri­an bagi tujuan tabungan

-

KUCHING: Penghuni pusat penjagaan warga emas memerlukan sebuah akaun persendiri­an bagi tujuan tabungan, kata Pengetua Rumah Seri Kenangan (RSK) Peter Gabong semalam.

Ia berikutan satu insiden Khamis lepas apabila seorang warga emas berusia lebih daripada 80 tahun telah menyimpan duit berjumlah RM14,000 hasil tabunganny­a bersama mendiang suami sebelum ini di dalam bakul yang disangka sampah.

“Duit tunai warga emas kita tidak perlu simpan di dalam akaun lembaga pelawat, duit tersebut boleh diambil secara persendiri­an oleh penghuni jika mereka memerlukan­nya suatu hari nanti.

“Akaun berasingan untuk simpanan peribadi dan jika mereka memerlukan­nya kita boleh hantar mereka untuk membuat proses pengeluara­n.

“Menjadi kebiasaan para penghuni di sini apabila mereka menerima sumbangan terutama pada hari perayaan, mereka simpan sehingga beribu.

“Ada jenis penghuni yang akan berbelanja, tetapi terdapat juga jenis mereka ini yang tidak pandai berbelanja dan mereka simpan bertahun lamanya,” kata beliau selepas tamat Majlis Lawatan Kerja Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n

Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah ke RSK Kuching semalam.

Kata beliau, penghuni selepas menerima duit akan menyimpan di merata tempat yang kita tidak ketahui berkemungk­inan mereka tidak tahu bagaimana untuk membuka akaun peribadi di bank kerana semua keperluan telah tersedia di sini.

Kita takut juga mereka kena ‘scam’ walaupun mereka tidak berapa pandai menggunaka­n peranti berteknolo­gi, ujarnya.

Selain, ia lebih selamat jika dimasukkan ke bank dan penghuni boleh menyumbang faedah daripada simpanan mereka untuk didermakan kepada akaun pelawat.

Ramai katanya, dalam kalangan penghuni di situ yang suka bergerak setiap hari dan boleh pergi ke kedai membeli barang dan sebagainya.

Pihak RSK Kuching percaya duit berkenaan merupakan hasil tabungan bersama beliau yang enggan didedahkan namanya dan mendiang suaminya sebelum ini.

Tambah Peter, akaun Lembaga Pelawat merupakan jumlah terkumpul yang disumbangk­an oleh orang ramai, individu, pertubuhan bukan kerajaan atau sektor korporat dan akan digunakan untuk operasi tempat dan diketahui oleh pihak berwajib (penghuni).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia