Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan wanita Parlimen Batang Sadong hasilkan pelitup muka berkualiti

-

SADONG JAYA: Usahawan wanita Parlimen Batang Sadong mengorak langkah ke hadapan apabila kemahiran menjahit mereka diperkasak­an menerusi penghasila­n pelitup muka yang bukan sahaja bermotifka­n keunikan seni warisan dan budaya Sarawak tetapi turut menekankan ciri yang bermutu tinggi.

MenteriPel­ancongan,Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pemakaian pelitup muka yang menjadi trend berterusan dalam persekitar­an kebiasaan baharu seperti yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), memberi beliau ilham untuk melatih wanita di Parlimen Batang Sadong.

Katanya, kemahiran baharu itu nanti akan digunakan untuk mengajar penduduk di kawasan berkenaan yang ingin menjadikan ia sebagai perusahaan dalam industri kraf dan kotej.

“Mereka yang terlibat dalam kursus ini adalah daripada kalangan suri rumah dan ada juga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Oleh itu, dengan adanya kemahiran baharu ini, mereka akan dapat mempelbaga­ikan kemahiran menjahit kepada penghasila­n produk baharu yang menjadi permintaan pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguha­n Kursus Fasa Pertama Menjahit Pelitup Muka anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Batang Sadong dan DUN Sadong Jaya dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Sarawak dan Komuniti Wanita Sadong Jaya di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan Pengarah Kraftangan Malaysia Sarawak Azran Arip.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, permintaan tempahan yang diterima pada masa ini menjadi motivasi kepada golongan wanita di kawasan itu untuk menghasilk­an pelitup muka yang berkualiti di samping lebih ‘trendy’ dan ‘sofistikat­ed’.

“Kita memberi fokus kepada kualiti dan untuk itu kita bekerjasam­a dengan pihak Kraftangan untuk membimbing dan memberi panduan kepada mereka yang terlibat,” ujarnya.

Fasa pertama kursus berkenaan disertai 15 peserta terdiri daripada kalangan usahawan wanita dari tiga DUN iaitu Sadong Jaya, Simunjan dan Gedong.

 ??  ?? TAHNIAH: Nancy menyampaik­an sijil kepada peserta.
TAHNIAH: Nancy menyampaik­an sijil kepada peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia