Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Penjaja Jubli Perak di Lundu bakal dinaik taraf

-

LUNDU: Pusat Penjaja Jubli Perak berusia hampir 30 tahun di pekan Lundu di sini, bakal dinaik taraf dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta daripada kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, projek yang akan memberi kemudahan lebih baik kepada penjaja di situ dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh sembilan bulan.

“Pusat Penjaja Jubli Perak di pekan Lundu dinaik taraf dengan kos RM1.5 juta oleh Syarikat Arkitek Gayasari melalui agensi pelaksana Majlis Daerah Lundu.

“Ini semua akan menyumbang kepada pembanguna­n di pekan Lundu dan membantu usahawan yang sebelum ini berniaga di situ untuk menikmati kemudahan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya semasa meninjau tapak Projek Naik Taraf Pusat Penjaja Jubli Perak di pekan Lundu baru-baru ini.

Jamilah memberitah­u, projek tersebut diteruskan kerana ia ilham Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem untuk masyarakat di Lundu.

Dalam perkembang­an sama, beliau turut memberi sumbangan berjumlah RM30,000 untuk menaik taraf rumah kedai di sekitar Town Square Pekan

Lundu.

“Sumbangan diserahkan kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Pekan Lundu melalui Kapitan Tang Kheng Ang untuk mengecat dan mencantikk­an persekitar­an rumah kedai berkenaan,” katanya.

Ia selari dengan visi Majlis Daerah Lundu menjadikan

Lundu sebagai bandar pantai semula jadi sekali gus menjadi tarikan pelancong berkunjung ke Lundu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani, Setiausaha Majlis Daerah Lundu Norashikin Brahim, Pemanca Benjamin Gersit Jais dan Penghulu Chin Kian Ming serta kapitan-kapitan N3 Tanjong Datu.

 ??  ?? NAIK TARAF: Jamilah merakam kenangan selepas meninjau tapak Projek Naik Taraf Pusat Penjaja Jubli Perak di pekan Lundu baru-baru ini.
NAIK TARAF: Jamilah merakam kenangan selepas meninjau tapak Projek Naik Taraf Pusat Penjaja Jubli Perak di pekan Lundu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia