Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan jalan raya bebas daripada pemandu mabuk

Lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan ditahan dalam Ops Mabuk

- Oleh Rusnan Mustafa MERBIN

KUCHING: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan dalam Ops Mabuk di Jalan Simpang Tiga malam kelmarin (Sabtu).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa berkata, suspek berusia 40 tahun ditahan pasukan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching melibatkan seorang pegawai dan 11 anggota dalam operasi yang bermula jam 8.30 malam hingga tengah malam Sabtu.

“Hasil ujian saringan pernafasan menggunaka­n alat EBA (Evidential Breath Analyzer) mendapati kandungan alkohol lelaki terbabit melebihi 126mg/100mg,” katanya dalam kenyataan

“Hasil ujian saringan pernafasan menggunaka­n alat EBA (Evidential Breath Analyzer) mendapati kandungan alkohol lelaki terbabit melebihi 126mg/ 100mg.

Superinten­den Merbin Lisa Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching

semalam.

Tegasnya, jika disabit kesalahan, suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

Dalam Ops Mabuk itu juga, Merbin berkata, sebanyak 17 saman dikeluarka­n melibatkan pelbagai kesalahan iaitu tiada lesen memandu, gagal tunjuk lesen, nombor pendaftara­n kenderaan, lesen memandu tamat tempoh dan hon tidak berfungsi.

“Tujuan Ops Mabuk ini dijalankan bagi mencegah dan membantera­s pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol,” jelasnya.

Selain itu, kata na sebanyak 44 kenderaan dan 63 orang telah diperiksa.

“Semasa operasi dijalankan, satu tangkapan dilakukan terhadap seorang lelaki bukan warganegar­a berumur 22 tahun kerana tinggal lebih masa iaitu tamat tempoh.

“Operasi sebegini akan dilaksanak­an secara berterusan demi keselamata­n pengguna jalan raya,” tambahnya.

Justeru, beliau menasihati pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya dan arahan semasa yang dikeluarka­n.

Katanya, adalah menjadi tanggungja­wab bersama semua pengguna jalan raya memastikan jalan raya bebas daripada kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian dan pengaruh alkohol pemandu yang mabuk.

“Tindakan tegas dan tiada kompromi akan diambil terhadap mana-mana pemandu atau penunggang yang melanggar undang-undang jalan raya,” ujarnya.

 ??  ?? PERIKSA: Polis memerika pengguna jalan raya pada Ops Mabuk di Jalan Simpang Tiga malam Sabtu.
PERIKSA: Polis memerika pengguna jalan raya pada Ops Mabuk di Jalan Simpang Tiga malam Sabtu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia