Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki terlibat penyalahgu­naan dadah diberkas

-

KUCHING: Padah terlibat dengan dadah, seorang lelaki diberkas di sebuah pangsapuri, Eden Height di sini malam kelmarin (Sabtu).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditangkap sekitar jam 9.15 malam oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas suspek telah berjaya merampas dadah iaitu ketulan syabu dengan berat kasar 5.28 gram yang dianggarka­n bernilai RM790,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tegas Merbin, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang tiga sebatan dan tidak lebih sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Selain itu katanya, hasil saringan awal air kencing suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga 25 Jun 2020,” tambahnya .

Pada masa sama beliau memberitah­u, suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan aktiviti penyalahgu­naan dadah.

Jelasnya, kerjasama antara polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan dalam membasmi gejala penyalahgu­naan dadah secara total.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar masyarakat dapat menyalurka­n maklumat jika terdapat masalah pengedaran dan penyalahgu­naan dadah di kawasan masingmasi­ng bagi membolehka­n polis mengambil tindakan segera.

 ??  ?? BUKTI KES: Dadah jenis syabu yang dijumpai bersama suspek.
BUKTI KES: Dadah jenis syabu yang dijumpai bersama suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia