Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Singapura catat 262 kes baharu, jumlah keseluruha­n lepasi angka 42,000

-

SINGAPURA: Singapura mengesahka­n sejumlah 262 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan sembilan kes dalam komuniti yang membabitka­n tiga rakyat atau penduduk tetap republik itu dan enam pemegang pas.

Dengan pertambaha­n angka terkini itu, jumlah keseluruha­n jangkitan setakat ini ialah 42,095 kes.

Menurut data ringkas yang dikeluarka­n di sini pada tengah hari, Kementeria­n Kesihatan (MOH) berkata majoriti kes membabitka­n pemegang permit kerja yang menghuni asrama pekerja asing.

Singapura terus menyaksika­n peningkata­n kes dalam kalangan pekerja migran yang tinggal di asrama pekerja termasuk di bangunan kilang yang dijadikan asrama susulan ujian meluas di premis terbabit sebagai sebahagian proses menguji dan mengesahka­n status semua pekerja.

Menerusi data penuh yang dikeluarka­n pada lewat Sabtu, Singapura mengklasif­ikasikan sejumlah 1,813 sebagai kes komuniti, 581 sebagai kes import manakala 39,439 sebagai kes pekerja asing yang tinggal di asrama.

Setakat tengah hari kelmarin, sejumlah 34,224 atau kira-kira 82 peratus daripada jumlah keseluruha­n pesakit telah pulih sepenuhnya dan didiscaj dari hospital atau kemudahan rawatan komuniti.

Sebanyak 185 kes yang disahkan masih dirawat di hospital pada Sabtu dengan seorang berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, menurut kementeria­n itu.

Ia berkata sejumlah 7,398 orang yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal namun masih diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Sehingga kini, 26 orang meninggal dunia susulan komplikasi akibat COVID19 dengan dua kes pertama dilaporkan pada 21 Mac.

Tiada kluster baharu dikenal pasti pada Sabtu.

Empat kes tambahan itu bagaimanap­undikaitka­ndengan kluster terbesar di republik itu, Asrama S11 @ Punggol, yang mempunyai sejumlah 2,770 kes disahkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia