Utusan Borneo (Sabah)

TNB jamin Bantuan Prihatin Elektrik tambahan tidak jejas operasi

-

KUALA NERANG: Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan yang diumum kerajaan semalam, tidak akan memberi kesan terhadap operasi dan perkhidmat­annya menyediaka­n bekalan elektrik kepada pengguna.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata walaupun bantuan itu merangkumi pemberian elektrik percuma selama tiga bulan kepada empat juta pengguna, semua perkara terutama melibatkan penyelengg­araan infrastruk­tur TNB berjalan seperti biasa.

“Ini adalah tanggungja­wab bersama antara kerajaan dan TNB, jadi tidak akan menyebabka­n permasalah­an kepada TNB, maknanya demi kemudahan untuk rakyat, segala perkara (berkaitan bekalan elektrik), untuk sambung, baiki, selenggara semua berjalan seperti biasa,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas mengenai pengumuman bantuan itu oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, kelmarin.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata TNB akan mempergiat­kan sesi penerangan kepada pengguna berhubung bantuan itu selain memberi pemahaman mengenai kaedah bacaan meter yang dilakukan ketika ini.

“Pengguna boleh mendapatka­n maklumat itu menerusi kedai-kedai TNB atau menghubung­i terus talian careline TNB selain kita membuat hebahan melalui media, maknanya TNB mengambil tanggungja­wab sepenuhnya memberi penerangan kepada pelanggan kalau mereka tidak memahami pasal pengiraan,” katanya.

Dalam pengumuman semalam, Shamsul Anuar berkata seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah bantuan itu.

Pengguna yang terlibat akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditka­n dalam bil bulan Julai.

Pengguna domestik yang menggunaka­n elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun. — Bernanma

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia